Dividen ASB

Recommended Brokers


ebizz

Fun Poster
Joined
Nov 17, 2007
Messages
898
Reaction score
30
Points
20
bujal, engkau jgn kata pnb cam :D:D:Dnasdaq:):):).... kan masin mulut hang tu.... naya bangsa melayu...

ponzi jgn tak ponzi....
ponzi tu apa ek...:-?
 
Sponsored Post

adymfi

Fun Poster
Joined
Apr 30, 2008
Messages
318
Reaction score
43
Points
20
Dividen :7.3
Bonus :1.25


again..yg wat loan 200k pasti tersenyum..
walau ekonomi drop jap.. namun leh bg div camni..ni kira da campur 3% yg di forward la tu dr thn lepas:))..
again.. ASB DIV > ASW DIV..setakat nih..always right
Dividen ASW tahun depan pulak boleh lah buat cover caruman dari KWSP.

Alhamdulillah..
 

2bz4money

Legendary Member
Joined
Aug 24, 2006
Messages
10,611
Reaction score
2,068
Points
191
PNB mampu beri lebih 11%..

sekali tengok figure nie...hehe mcm diaorang main adjust sendiri2 jer nie... naik turun tak banyak... its not really reflect the MAKRO economy. In real fact, last year economy up to date still in the RED zone... bukan nak suruh PNB reducekan rate, tapi mcm ader yg tak kena jer...
Setuju bebenor dgn nazvm33..Mmg PNB main adjust2..kalu tak, mau diberinya 11%..:D

Ni petikan drpd Mstar Online hari ni..
"Walaupun jumlahnya (dividen dan bonus) kelihatan lebih rendah tahun ini pada 8.55 sen seunit berbanding 8.75 sen seunit tahun lepas, dari segi jumlah keseluruhan yang akan dibayar, ia adalah lebih tinggi iaitu RM5.48 bilion berbanding RM4.79 bilion tahun lepas," kata ketua pegawai eksekutif kumpulan dan presiden PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Hamad Kama Piah juga berkata, PNB berada pada kedudukan yang kukuh dan akan memastikan pembayaran dividen yang berterusan.

"Berdasarkan rizab dana, kapasiti kami adalah lebih daripada 11 sen seunit tetapi kami hanya membayar 7.30 sen seunit dan membawa ke hadapan baki 3.70 sen untuk tahun 2010.

"Ini ialah dana jangka panjang dan kami mahu memastikan kami boleh menggunakan wang itu untuk membeli lebih banyak saham dan membuat lebih banyak pelaburan kerana kami akan harus membayar sekali lagi," tambahnya
 

analyzer_mike

Active Member
Joined
Nov 17, 2008
Messages
1,691
Reaction score
1
Points
25
erm....
jap..sape ade kalkulator nak kire pasal asb ni ek?

lagi satu..asb ni dividen die ikut bulan kan?

kalo misalnye aku ade 3 ribu mase januari..
tapi bulan 7 aku kuar tinggal 500 jek..
so dividen untuk bulan 1-7 tu aku akan dapat yg based on 3000 ke or die just kire yg terakhir.?
 

2bz4money

Legendary Member
Joined
Aug 24, 2006
Messages
10,611
Reaction score
2,068
Points
191
Lebih RM1.5B utk Bangunan Baru PNB Setinggi 100 tingkat

Agak2nya baki 3.70sen seunit yg dibawa ke 2010 utk pelaburan apa ya?

Ni petikan BeritaHarian Online pada 7/12/09 yg merungkai persoalan ini..
KUALA LUMPUR
: Malaysia bakal memiliki satu lagi mercu tanda bangunan pencakar langit setinggi 100 tingkat yang dirancang dibina di sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara, selepas Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.

Projek yang akan dimajukan oleh sayap perniagaan hartanah Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu dijadual bermula seawal suku pertama tahun depan sebagai langkah susulan kerajaan menyegerakan pelaksanaan beberapa projek berimpak tinggi dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negara pada tahun depan.

Menurut sumber, belum dipastikan sama ada bangunan pencakar langit itu akan menjadi yang tertinggi di dunia kerana status ketinggian ditentukan berdasarkan ukuran ketinggian dan bukan jumlah tingkat bangunan.

"Ia mungkin menjadi antara yang tertinggi kerana ketika ini Taipei 101, bangunan tertinggi dunia memiliki 101 tingkat. Bangunan kedua tertinggi adalah Menara Berkembar Petronas dengan 88 tingkat.

"Dari segi ukuran ketinggian, Taipei 101 adalah 509.2 meter dan Menara Petronas 451.9 meter. Menara Burj Dubai yang akan siap pada Januari 2010 pula akan memiliki 160 tingkat dengan ketinggian 818 meter," katanya.

Sumber itu berkata, cadangan pembinaan bangunan itu sudah dihantar kepada Kementerian Kewangan dan difahamkan sedang dipertimbangkan secara terperinci.

"Kita mungkin dapat mengetahui mengenainya dengan lebih jelas sedikit masa lagi. Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal perancangan," katanya kepada Berita Harian.

Beliau juga berkata, secara umumnya, kerajaan mewartakan tiga kawasan untuk pembinaan bangunan pencakar langit di sekitar Kuala Lumpur selepas Jalan Ampang yang menempatkan Menara Berkembar Petronas.

Selain sekitar Stadium Merdeka, dua lagi lokasi dicadangkan ialah di kawasan pembangunan Pusat Matrade di Jalan Duta yang akan dibangunkan Naza TTDI Sdn Bhd dan projek pembangunan Dataran Perdana, Jalan Imbi oleh Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd (PHBB).

Selasa lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan beberapa projek berimpak tinggi bagi membolehkan ekonomi negara berkembang pada kadar lima peratus tahun depan, termasuk projek pembangunan bercampur di sekitar Stadium Merdeka dan Pusat Matrade.

PNB baru-baru ini pula berkata, ia sedang membuat persediaan memajukan satu lagi asetnya, iaitu kawasan Stadium Merdeka yang dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada anugerah Unesco Asia-Pacific Heritage Awards for Culture Heritage Conservation. Ia akan membangunkan tapak seluas 7.2 hektar di persekitaran stadium dengan projek pembangunan bercampur dan dijangka dimulakan tahun depan.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata projek merangkumi pembinaan hartanah kediaman dan plaza perniagaan itu memiliki nilai pembangunan kasar sekitar RM3 bilion.


Seorang peserta pasaran hartanah tempatan, berkata cadangan PNB memajukan kawasan sekitar dua stadium bersejarah itu termasuk bangunan pencakar langit akan memberi nilai tambah kepada pelaburan kumpulan itu serta meningkatkan nilai hartanah sekitarnya.

"Anggaran pembinaan sebuah bangunan 100 tingkat ketika ini mencecah lebih RM1 bilion. Dua menara berkembar Petronas yang siap pada 1998 menelan belanja kira-kira RM1.8 bilion. Berdasarkan harga perkhidmatan dan barangan pembinaan semasa yang lebih tinggi berbanding dulu, belanja bangunan 100 tingkat mungkin lebih RM1.5 bilion," katanya.
p/s: Ni satu projek gergasi ilham 1Malaysia..:eek:
 

myfxadvior

Fun Poster
Joined
Dec 10, 2008
Messages
744
Reaction score
68
Points
20
Dividen

Formula : (total minimum monthly balance) x dividend /12

Let’s say you invest $100 every month from 0, and dividend for that year is 8%, the dividend will be…

(100+200+300+400+500+600+700+800+900+1000+1100+1200) x 0.08 / 12 = 52

Bonus

Formula : (total minimum monthly balance [Jan - Dec for the last 10 years]) x bonus / 120

Let’s say you invest $100 every month from 0, and bonus for that year is 1%, the bonus will be…

(100+200+300+400+500+600+700+800+900+1000+1100+1200) x 0.01 / 120= 0.65
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
Dividen

Formula : (total minimum monthly balance) x dividend /12

Let’s say you invest $100 every month from 0, and dividend for that year is 8%, the dividend will be…

(100+200+300+400+500+600+700+800+900+1000+1100+1200) x 0.08 / 12 = 52

Bonus

Formula : (total minimum monthly balance [Jan - Dec for the last 10 years]) x bonus / 120

Let’s say you invest $100 every month from 0, and bonus for that year is 1%, the bonus will be…

(100+200+300+400+500+600+700+800+900+1000+1100+1200) x 0.01 / 120= 0.65
boleh kirakan div dan bonus utk yg nih x?:)
http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=5441719&postcount=1545
 

c3kgo

Active Member
Joined
Sep 17, 2008
Messages
1,007
Reaction score
1
Points
25
aku ni newbie sgt psl asb ni...kalau aku wat asb loan ngn maybank kan...
contohnya bulan 7 aritu aku masuk 30000...then aku dah leh dapat x dividen untuk yg baru ni?
 

ayip

Active Member
Joined
May 6, 2009
Messages
2,294
Reaction score
371
Points
41
aku ni newbie sgt psl asb ni...kalau aku wat asb loan ngn maybank kan...
contohnya bulan 7 aritu aku masuk 30000...then aku dah leh dapat x dividen untuk yg baru ni?
dapat....bahagi dengan 12 bulan...amik kira dari bulan 7-12 = 5 bulan...kali kan..

* pengiraan berdasarkan baki terendah setiap bulan..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register