2bz4money
Legendary Member

- Messages
- 10,615
- Joined
- Aug 24, 2006
- Messages
- 10,615
- Reaction score
- 2,069
- Points
- 191
Amanah Saham Didik: Agihan pendapatan naik sedikit

NORHANA FARIZA HARUN
21 Jun 2012
Ahmad Sarji (kiri) bersama Timbalan Presiden Unit Amanah PNB, Datuk Idris Kechot selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD, di Kuala Lumpur. – Foto Sinar Harian oleh Safwan Man
KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan peningkatan pengagihan pendapatan 6.60 sen seunit untuk Amanah Saham Didik (ASD) bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2012 berbanding 6.50 sen tahun lalu.
Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid sberkata, melalui strategi pelaburan yang berhemat, tabung ASD telah menjana pendapatan yang memuaskan walaupun dalam keadaan ekonomi pelaburan yang tidak menentu.
“Berdasarkan prestasi ASD pada tahun ini, Lembaga Pengarah ASNB bersetuju memperuntukkan pembayaran pengagihan pendapatan RM279.31 juta iaitu meningkat 9.9 peratus berbanding RM254.1 juta yang dibayar tahun lalu.
“Kadar pengagihan ini dilihat berpatutan jika dibandingkan dengan instrumen lain terutama dalam suasana ekonomi yang mencabar,”katanya pada majlis pengumuman agihan pendapatan ASD di Kuala Lumpur.
Sehingga 18 Jun lalu, tabung ASD memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM354.26 juta dengan pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang RM228.58 juta atau 64.5 peratus daripada jumlah pendapatan kasar.
Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang RM76.03 juta atau 21.5 peratus. Selebihnya, iaitu RM49.65 juta atau 14 peratus diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan instrumen jangka pendek dan pendapatan lain.
Sementara itu, segala urus niaga ASD akan ditangguhkan mulai hari ini hingga 1 Julai bagi tujuan pengiraan agihan pendapatan. Pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan di pejabat dan ejen ASNB seluruh negara mulai 2 Julai akan datang.