highway
Active+ Member
- Messages
- 4,418
- Joined
- Oct 17, 2009
- Messages
- 4,418
- Reaction score
- 298
- Points
- 46
ASNB umum agihan 6.35 sen seunit untuk ASD
2010/06/15
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.35 sen seunit untuk Amanah Saham Didik (ASD) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2010.
Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM207.75 juta, peningkatan sebanyak 33.50 peratus berbanding RM155.59 juta yang dibayar tahun lalu.
"Jumlah pembayaran itu dijangka akan dapat dimanfaatkan seramai 293,504 pemegang unit yang telah melanggan sejumlah 3.59 bilion unit ASD," katanya pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan untuk dana tersebut di sini hari ini.
Sehingga 11 Jun, 2010 tabung ASD memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM258.33 juta, di mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM89.09 juta atau 34.49 peratus kepada jumlah pendapatan kasar tersebut.
Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM149.00 juta atau 57.68 peratus dan RM20.24 juta atau 7.83 peratus diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain.
Ahmad Sarji berkata, sejak dilancarkan pada 2001, tabung ASD sentiasa menjadi pilihan pelabur golongan bumiputera yang berminat untuk menabung bagi tujuan pendidikan.
Beliau menjelaskan sepanjang tahun kewangan semasa ASD sehingga 31 Mei 2010, sejumlah 67,403 pelabur baru telah menyertai ASD iaitu peningkatan sebanyak 29.96 peratus daripada jumlah pelabur pada 1 Julai 2009 manakala jumlah unit pelaburan baru bersih pula meningkat sebanyak 603.22 juta unit atau 21.26 peratus.
ASD adalah tabung ekuiti pertumbuhan berharga tetap yang bermatlamat memberi peluang pelaburan yang mampu menjana pulangan dan pertumbuhan jangka panjang berpatutan kepada pemegang unitnya. Pembayaran pengagihan pendapatan ASD akan dilaksanakan melalui pelaburan semula yang akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Julai 2010.
Urus niaga ASD akan ditangguhkan mulai 23 Jun hingga 30 Jun 2010 bagi tujuan pengiraan agihan pendapatan. -Bernama
Last edited:
