BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ditetak pedang samurai

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
BESUT - Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan sambil menunggang motosikal untuk ke Balai Polis Kampung Raja selepas dia ditetak ketika menunggang motosikal dalam kejadian dekat Kampung Paya Rawa di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun merupakan seorang pekerja di sebuah kafeteria di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Kampus Tembila mengalami kecederaan di bahu sebelah kanan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya itu ke Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dari arah Tembila ke Kampung Raja telah diekori oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal.

“Apabila tiba berhampiran Stadium Mini Kampung Raja, penunggang motosikal itu menghampiri mangsa yang sedang menunggang lalu menetak mangsa sebanyak sekali mengenai bahu kanan mangsa.

“Suspek dikatakan menggunakan sebilang pedang panjang dipercayai pedang samurai dan kemudian suspek terus melarikan diri,” katanya.

Khaled berkata, dalam keadaan cedera dan berlumuran darah suspek menggagahkan diri menunggang motosikal untuk meminta bantuan di Balai Polis Kampung Raja.

“Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan dengan bantuan saudaranya dan membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh untuk tindakan lanjut,” katanya.

Khaled berkata, hasil siasatan awal mangsa memaklumkan tidak mengenali suspek dan motif dia diserang.

Katanya, mangsa juga tidak dapat mengecam suspek yang memakai topi keledar bervisor ketika kejadian selain keadaan lokasi yang gelap dan tiada pengguna jalan raya yang melalui kawasan kejadian.

“Mangsa memaklumkan baru dua bulan bekerja di kampus itu dan mendakwa tidak mempunyai musuh atau masalah dengan sesiapa.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya lain,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/ditetak-pedang-samurai-1.379437
 
Back
Top
Log in Register