BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Didakwa Cederakan Ibu Bapa Guna Pedang Samurai

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
2e26dc10920e9c845dd75d0ad1eb3c7369575cf08efb2

Muhammad Aiman Suhaimi didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan mencederakan ibu bapanya sehingga parah menggunakan pedang samurai pada Disember lepas.

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan ibu bapanya dengan menggunakan pedang samurai sehingga parah, Disember lepas.

Muhammad Aiman Suhaimi, 30, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Aiman didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Suhaimi Dawi, 58, dan Shahaliza Ahmad Hashim, 58, dengan menggunakan pedang samurai di sebuah rumah di Bandar Baru Putra dalam daerah Kinta pada 6.30 pagi 26 Dis.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326/326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang boleh dikenakan atas sabitan kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya M. Raveenaa tidak menawarkan jaminan dan memohon agar tertuduh yang tidak diwakili peguam dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi pemeriksaan mental.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 30 Jan untuk sebutan semula kes.

Pada 26 Dis, polis mengesahkan menahan seorang lelaki kerana mengamuk dan mencederakan dua ahli keluarganya di sebuah rumah di Bandar Baru Putra di sini.

 
Back
Top
Log in Register