BTC USD 85,592.0 Gold USD 4,163.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ditemui mati atas katil

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Helmiah (gambar kecil) ditemui mati di atas katil ketika tidur di rumahnya di Kampung Molek, petang kelmarin.
< 1 / 1 >
DUNGUN – “Setelah dia tidak bangun, saya cuba kejutkan dengan memanggil namanya beberapa kali, namun panggilan saya tidak disahut, tangannya pula longlai, rupa-rupanya dia sudah tiada.”

Demikian cerita Naraziah Ariffin, 50, yang masih trauma setelah anak perempuannya, Helmiah Annuar, 30, ditemui mati di atas katil ketika tidur di rumahnya, dekat sini, petang kelmarin.

Menurut Naraziah, anak perempuannya itu dilaporkan sering kurang sihat kerana mengalami masalah sakit jantung berlubang dan baru keluar wad, Rabu lalu.

Menurut Naraziah, dia cuba mengejutkan anak sulung daripada enam beradik apabila dia tidak bangun sejak tidur jam 12 tengah hari sehinggalah jam 3 petang.

“Saya rasa pelik sebab dia tidak bangun-bangun dan tidak bergerak langsung.

"Jadi saya cuba mengejutkannya, namun dia tidak memberi sebarang tindak balas, keadaan tubuhnya kaku lalu saya syak ada sesuatu berlaku padanya,” katanya.

Naraziah kemudiannya memanggil pegawai perubatan, namun anak sulungnya itu disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut laporan mati mengejut.

Jenazah arwah yang ketika hayatnya pernah membantu ibunya berniaga putu di Pasar Minggu Alor Tembesu kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Syed Yahaya Ahmad, Jalan Nibong.
 
la...dia ni ke?aku kenal ni..selalu berniaga putu mayam kat psr mlm kat dungun...innnalillah...
 
takziah...semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas Roh arwah.
 
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah...
 
Back
Top
Log in Register