BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja hilang ditemui mati dibunuh, alat sulit dibuang dalam kolam

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Remaja hilang ditemui mati dibunuh, alat sulit dibuang dalam kolam​

3621232.webp

Penemuan bahagian tubuh berkenaan penting sebagai bahan bukti yang boleh mengukuhkan kes di mahkamah. Foto: Agensi

BHOPAL - Pihak berkuasa berjaya membongkar kes pembunuhan seorang remaja di India yang didakwa berkait perdagangan organ, namun kini berdepan cabaran menjejaki alat sulit mangsa yang dipotong suspek dan dibuang ke dalam sebuah kolam.

Menurut polis di Bhopal, penemuan bahagian tubuh berkenaan penting sebagai bahan bukti yang boleh mengukuhkan kes di mahkamah.

Bagaimanapun, operasi pencarian berdepan kesukaran berikutan kedalaman kolam dan kewujudan pelbagai hidupan akuatik.

Suspek memberitahu pihak berkuasa, mereka memotong dan mengeluarkan kedua-dua bahagian sulit mangsa sebelum memasukkannya ke dalam beg plastik. Bagaimanapun, mereka gagal mencari pembeli dan terpaksa membuang bungkusan itu ke dalam kolam.

Mangsa dilaporkan hilang beberapa hari sebelum mayatnya dalam keadaan tidak sempurna ditemui di kawasan Chhota Talab pada 11 Ogos lalu.

Siasatan awal menunjukkan wujud konspirasi berkaitan perdagangan organ manusia.

Menurut polis, sekumpulan lelaki membunuh remaja itu, mencacatkan jasadnya dan merancang menghantar bahagian tubuh yang dipotong ke luar negara.

Polis mengesyaki mangsa mungkin diperdaya dengan tawaran sekitar 20 juta rupee (RM845,00), namun motif sebenar masih disiasat.

Pihak berkuasa memaklumkan bahagian tubuh yang dipotong masih belum ditemui walaupun pencarian dilakukan di beberapa lokasi. - Agensi

 
diorg ingat boleh main potong pastu juai cmtu je ke,
 
tak hairan tgk laa negara mana...sama laa bangsa tue kat sini perangai lebih kurang...
 
Back
Top
Log in Register