BTC USD 80,976.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diserang Pirana!

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
JERANTUT 11 Feb. – Seorang nelayan cedera di kaki akibat diserang sejenis ikan yang didakwanya daripada spesies pirana di Sungai Tembeling dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku ketika Adanan Nipah, 54, hendak melepaskan ikan tersebut yang terperangkap dalam jaring yang dipasangnya di sungai itu di Kampung Tempan, Hulu Tembeling dekat Kuala Tahan kira-kira pukul 10 malam.

Dia mendakwa ikan sepanjang 25 sentimeter itu menggigit kaki kanannya sebanyak tujuh kali ketika dia mahu melepaskan ikan berkenaan daripada jaring.

‘‘Ikan pirana itu menggigit kaki kanan saya secara tiba-tiba ketika saya hendak melepaskannya daripada jaring menyebabkan kaki saya luka dan bengkak.

‘‘Saya bertindak pantas mengambil penyauk ikan untuk menangkapnya dan memasukkan ikan itu ke dalam bekas polistirena,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia, HARIS FADILAH AHMAD.

Adanan juga terkejut kerana beberapa ekor ikan spesies yang sama di dalam sungai itu kemudian bertindak menerjah bahagian badan bot gentian kaca miliknya.

‘‘Saya sungguh hairan bagaimana pirana itu tiba-tiba bertindak ganas kerana sebelum ini belum pernah terdengar kejadian serangan ikan itu terhadap nelayan di Sungai Tembeling,” katanya.

Dia percaya pembenihan spesies pirana sejak dua tahun lalu di kawasan perlindungan Jabatan Perikanan di Jeram Panjang, Dedari, Lubuk Katak dan Kampung Pagi di sini telah menyebabkan spesies ikan itu membiak di Sungai Tembeling.

‘‘Ikan pirana itu mungkin terlepas dari kolam ternakan berdekatan Sungai Tembeling dan Sungai Pahang ketika banjir melanda kawasan ini Disember lalu,” katanya.

Adanan melahirkan kebimbangan spesies Pirana itu akan mengancam pembiakan ikan air tawar yang lain.

Dia yang menjadi nelayan sungai sejak 30 tahun lalu berkata, ikan Pirana boleh dimakan tetapi rasanya tidak sedap kerana ia bukan berasal dari sungai air tawar negara ini.

Katanya, ikan tersebut juga kurang mendapat permintaan di pusat pelancongan Taman Negara Kuala Tahan dan pasar bandar Jerantut apabila ia dijual dengan harga hanya RM2 hingga RM4 sekilogram.
 
fuh tak leh mandi bogel la klu camni :eek: dulu2 mndi sungai selamber katak je telanjang bulat
 
fuh tak leh mandi bogel la klu camni :eek: dulu2 mndi sungai selamber katak je telanjang bulat

Wakakakka... aku rasa confirm dah tak brani dah mandi bogel pasni kat sungai tu..:eek: :eek: :eek:
 
membiak dan terus membiak..mati lah mcm nie,tak dapat la skodeng

taming sari mandi lagi.hehe
 
membiak dan terus membiak..mati lah mcm nie,tak dapat la skodeng

taming sari mandi lagi.hehe

kalo terus membiak tanpa kawalan, abis laa sungai kat Malaysia nih..:)) :)) :))
 
Piranha Malaysia...movie dulu yg diubahsuai oleh Pengarah Malaysia menjadi filem Malaysia..

sesapa yg nak melaburkan modal utk buat filem Pirana Malaysia.. silakan ;D
 
hebat jugak sungai kt malaysia nih..siap ada piranha lagi...
 
hmmm.. x pnh kusangka.. memcm ada dlm dlm m'sia neh
 
jangankan mandi bogel...
mandi sungai pon aku tkt lps nie..
xmo aku jd mangsa ikan...
huhu!!~ tgk citer piranha 2 jek
da cuak da... eeeee~~
 
mungkin dari kacukan ikan kot...ikan pacu nie kacukan dari ikan pirana jugak....panggil mat top p riki2 ler...
 
Back
Top
Log in Register