BTC USD 80,888.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Disco dance ala PAS?

Status
Not open for further replies.
sekarang nih hangat di kedai-kedai kopi dan mungkin juga di dewan rakyat , InsyaAllah .. pasal isu neh ..

sedarkan ,yg disko nih banyak di negeri jajahan BN .. ah!!! juga kilang arak :rolleyes:
 
sekarang nih hangat di kedai-kedai kopi dan mungkin juga di dewan rakyat , InsyaAllah .. pasal isu neh ..

sedarkan ,yg disko nih banyak di negeri jajahan BN .. ah!!! juga kilang arak :rolleyes:

bg aku..aku berada di tengah2..setuju dan tidak setuju.
matlamat memang tidak menghalalkan cara..
dan kalau ada kesempatan aku akan bertanya kepada dewan pemuda pada himpunan pemuda akan kesahihan berita tersebut..

seperti yang kita ketahui..media ni agen kerajaan..
sukan jer yang betul depa siar.yang lain bole baca jer.

pada aku, kalau benar aku secara peribadi tak bersetuju disko di kelantan.
tp aku akan tanya kesahihan berita tersebut.

wallahua'lam.
 
disko.... yg aku tau disko ni kne stat ngan ppuan... ppuan g disko nak joget, tu nafsu diorang... laki g disko nak ppuan + minum... gile ape g disko laki jer... maybe krajaan kltn wat bende lain... the star tu saluran BN.. harakah saluran PAS.. 2-2 bace pon lain2..
 
udah laa tuu kalau nama UMNO tuu memnag UMNO laa jugak...
pasai pa kat kelantan tak bleh buat disco..buat p laa
kat bukit bintang nuu pun berkenjah....takkan kat kelantan tak bleh..
asal kelantan buat jaaakoo org bising buat tuu pon bukan nya
beza macam umno pon sama jaa apa yg umno dok buat lanie....
jika kelantan nak buat ko org cakap tak bleh laa apa laa
tapi umno buat ko org tak halang pon...tentang laa jangan pangkah lagi..
mai sokong org yg tak buat lagi nie...just cadang aja....
pastu cadang tuu pon bukannya kata nak buat disco kaa apa ka

tapi sebut kata umno tuu jika nak putaq alam tuu
dia buat jugak....janji apa yg PAS cadang tuu elok kaa tak kaa
compom dia cari akai nak lawan hujah...udah laa tuu biaq pemimpin
yg bengong tuu aja membengongkan kita selama ini jangan laa kita
pon termakan sama.....nie ada penafian koo org pikir laa sendiri..

the Star perkecilkan penafian

Dalam blog ini Jumaat lalu saya menulis:

Kesimpulannya saya merasakan cadangan ini tidak baik (membenarkan disko di Kelantan), dan mengharapkan agar ianya sesuatu yang disalah petik oleh akhbar berkenaan. Jika salah petik maka EXCO berkenaan (Takiyuddin) perlu membuat penafian samada melalui akhbar yang sama atau melalui Harakah atau Harakahdaily.

Alhamdulillah dalam akhbar yang sama hari Sabtu 16 Disember melaporkan:

Meanwhile, Takiyuddin denied saying that the state government would allow discotheques in the tourist belt.

He said the state government might consider certain types of entertainment outlets, but would never allow discotheques or nightclubs.

Cuma yang biadapnya semasa dilaporkan yang Kelantan akan mempertimbangkan membuka DISKO akhbar tersebut membawa tajuk:

Kelantan may allow discos at tourist belt

Tetapi apabila Takiyuddin membuat penafian ianya sekadar disumbat sebagai sebahagian dari laporannya di bawah tajuk:

scoffs at PAS plan

Jelas akhbar kepunyaan MCA ini memiliki agenda tersembunyi yang jahat terhadap Kelantan. Walaupun saya tidaklah sampai keperingkat mahu mendesak agar akhbar tersebut diboikot (kerana saya masih percaya kepada kebebasan akhbar) namun saya meminta agar para pimpinan di Kelantan berhati-hati ketika membuat kenyataan terutama kepada mereka.

Sementara itu saya mengucapkan syabas kepada Takiyuddin kerana cepat bertindak-balas, walaupun nampaknya Umno Kelantan telah mencuri kesempatan melalui Ketua Penerangannya Alwi Che Ahmad yang telah menyatakan bahawa melalui kes ini terbukti bahawa PAS bukan sebuah gerakkan Islam tetapi sekadar sebuah parti politik.

Di sinilah kita dapat melihat betapa liciknya mainan akhbar ini setelah diberikan bola tanggung, terus sahaja dijemput pimpinan Umno untuk membuat pukulan SMASH. Tapi Alhamdulillah SMASH Alwi kelihatan terkandas keluar gelanggang.

(terima kasih anakkelate atas maklumat anda)

dipetik dr blog Roslan SMS ::


.........udah laa tuu dok termakan akhbar UMNO nie..yg koo org sampai 5 page bertekak aku tak campor macam2 ko org kata...buka minda tanya diri tanya hati...siapa nak tegakkan agama allah dengan lillahhitaala...tok imam macam nik aziz ka tok imam macam paklah bedawi....:(
 
Kelantan nafi benarkan disko, kelab malam


KOTA BARU: Kerajaan negeri Kelantan tidak pernah bercadang untuk membenarkan pusat hiburan seperti disko atau kelab malam beroperasi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Takiyuddin Hassan berkata pusat hiburan seperti itu tidak mungkin akan bertapak di Kelantan walaupun untuk tujuan menarik pelancong ke negeri ini selagi PAS memerintah Kelantan.

"Jika ada laporan media yang menyebut Kelantan akan benarkan disko dan kelab malam, itu tidak benar. Saya sendiri terkejut bila ada orang tanya saya betul ke Kelantan nak benarkan disko dan kelab malam. Tidak benar tu...," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKBBRI) di sini, hari ini.

Majlis perbandaran itu kini diterajui Shafie Ismail, bekas Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kelantan. Shafie menggantikan Abd Aziz Abd Rahman yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Takiyuddin berkata kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan kenyataan akan membenarkan operasi pusat hiburan di negeri ini sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris beberapa hari lepas.

"Laporan itu lari dari konteks sebenar. Apa yang saya katakan, kalau ada tari menari dalam satu majlis, umpamanya, yang hanya melibatkan lelaki sahaja atau wanita sahaja, pada saya, itu tidak menjadi masalah.

"Begitu juga kalau suami isteri nak menari dalam satu majlis, tetapi dengan ada batas-batas tertentu, pada pandangan peribadi saya, itu juga tidak ada masalah," katanya.
Katanya kerajaan negeri mengamalkan prinsip keterbukaan, namun tetap tegas jika ia melibatkan dasar kerajaan.

"Kita sentiasa terbuka, contohnya dalam hal persembahan kebudayaan seperti Makyong. Kerajaan negeri tidak benarkan kerana mantera yang dibaca itu mempunyai unsur-unsur khurafat.

"Tetapi jika ada pihak, penggiat seni atau sesiapa sahaja yang boleh tunjukkan bahawa bacaan itu tidak membawa apa-apa unsur sedemikian, mereka boleh datang jumpa kita, kita akan sokong dan benarkan persembahan kebudayaan yang tidak bertentangan dengan Islam," tambahnya.
 
dah memang lumrahnya , orang yg nak kekalkan kebaikkan
pasti akan kena cabaran-cabaran yang amat perit . Harap-harap PAS dapat pertahankan Perjuangan mereka dan pedulikan apa yg dikatakan oleh org yg bercakap pasal agama tetapi jahil.
Kan bagus kalau seluruh negeri kat malaysia macam kat Kelantan , aman damai, pagi2 je mesti pasang dzikir.

Semoga PAS dilindugi daripada fitnah2 untuk memburukkan islam.

:)
 
mana yang bukak thread, tak ulas berita terbaru ker,,,, melatah cepat sangat
 
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu membawa sesuatu berita, maka selidikilah(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan. - Surah Al-Hujurat 6)
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register