BTC USD 81,533.9 Gold USD 4,145.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Directory Halal CG ~rumor VS realiti~

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,133
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
34,133
Reaction score
6,691
Points
486
Aku tau xramai yang check JAKIM HALAL
so aku akan update kat sini

xde ]sijil halal
1 . JOHNNY�S RESTAURANT
Waalaikumsalam.. Terima kasih kerana bertanya. Johhny's rest tidak pernah memohon halal dari JAKIM/HDC. Ternyata sijil halal yg dikeluarkan adalah datang dari badan islam yg kita tidak pernah iktiraf.Harap pengguna Islam tidak terpedaya dengan logo Halal restoran tersebut. Sekian Terima Kasih

2 . The Manhattan Fish Marke
Waalaikumsalam, Restoran tersebut tiada didalam rekod JAKIM/HDC. Sekian. Terima Kasih

3 . Big Apple
Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih

4 . WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam
Assalamualaikum.. Old Town White Coffee memiliki sijil halal daripada Jab Agama Islam Perak hanya untuk produk coffee 3 in 1 dan pelbgai variasi coffee & tea segera. Sementara bagi premis makanan / restoran, TIADA rekod syarikat ini memiliki sijil halal daripada HDC, Jab Agama Islam negeri atau Badan Islam yang diiktiraf.

5 . Ayam AA
Produk Ayam AA telah ditarik sijil halal oleh Jab Agama Islam Negeri Perak. Pihak Jakim/HDC tidak mengeluarkan sijil halal untuk syarikat tersebut.Jab Agama Islam yang mengeluarkan sijil halal untuk syarikat Ayam AA. Terima kasih

-------------------------------------------------------------------------------------------------

aku akan update dari semasa ke semasa
kalo ade info lain bgtau ye
 
Last edited:
ade sijil halal
1 . KFC
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN, Isu Ustaz Daud Che Ngah dan Ayam KFC / Produk AYAMAS Saya merujuk kepada email FITNAH yang masih terus disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab berkaitan dengan perkara diatas yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti dan integriti KFC dan QSR Brands (M) Berhad sebagai sebuah syarikat yang dikuasai oleh Jcorp melalui Kulim Berhad sejak Julai 2006 dalam industri penyediaan makanan Halal

2 . London Choco Roll di bawah syarikat LONBISCO
Assalamualaikum LONDON BISCUITS BERHAD adalah pemegang sijil halal HDC, tempoh sah sijil sehinggga 15/07/2009 E471 tidak semestinya mengandungi lemak khinzir. Ia adalah kod pengemulsi bagi Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate (Mono- and diglycerides of fatty acids) . Bahan ini boleh dihasilkan daripada tumbuhan (sawit) dan haiwan. Jika produk tersebut telah mendapat pengesahan halal, sudah pasti E471 tersebut dihasilkan daripada sumber yang halal. Terima kasih.

3 . KEnny Roagers
Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini

4 . Coffee Bean dan Starbucks

Salam, Cafe yang tuan nyatakan merupakan pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah. Namun, pihak tuan perlu pastikan premis tersebut mempamerkan sijil pengesahan halal JAKIM di premis bagi memastikan premis tersebut sudah mendapat pengesahan halal.JAKIM memberi pengesahan halal berdasarkan alamat premis dan bukan keseluruhan. Namun begitu, cafe Starbucks dan Coffee Bean di Malaysia secara amnya merupakan pemegang sijil halal yang sah. Terima kasih

5 . produk Ayamas
Dari siasatan dan pemeriksaan yang telah dibuat, JAKIM mendapati dakwaan dalam email tersebut tidak benar dan tidak berlaku di ayamas. JAKIM sentiasa memantau dan mengawasi semua syarikat yang mendapat pengesahan halal dari JAKIM sentiasa mematuhi hukum syarak dan mengeluarkan makanan halal untuk pengguna Muslim.

6 . Kedai Chiken Rice Shop
Salam, The Chicken Rice Shop telah mendapat sijil pengesahan halal dari JAKIM. Tetapi pemberian sijil ini adalah berdasarkan premis. Pihak tuan perlu memerhatikan setiap premis yang mendapat sijil pengesahan halal JAKIM hendaklah mempamerkan sijil yang asal beserta logo halal JAKIM di premis mereka. Terima kasih

7 . Ais krim Walls
Ais krim Walls telah mendapat sijil pengesahan halal dari Badan Islam yang diiktiraf JAKIM.Walls pasaran Malaysia adalah halal dan selamat digunakan.

8 . produk keluaran munchy's
Untuk pengetahuan saudari, produk keluaran munchy's mendapat pengesahan halal JAKIM. Berkenaan dengan tiada maklumat dalam senarai apabila periksa melalui sms adalah kerana sistem belum di updatekan lagi dan juga syarikat belum menghantar barkod produk tersebut. sekian harap maklum.
 
Last edited:
xsilap aku secret recipe pun ade gune bahan dr sumber yg x halal.sat ak cari link
 
Masuk lagi: Subway tak ada sijil halal Jakim dan tak pernah mohon pada Jakim. Boleh call jakim sahkan.
 
satu usaha yg baik dr tt.. tp nanti ada yg cakap.. org islam nih hanya berpandukan sekeping sijil buatan manusia jek utk tgk halal ke tak.. bukan aku yg cakap..tp ada org cakap kat thread lain td..
 
Back
Top
Log in Register