BTC USD 84,167.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dilemma Ahli2 Pas & Pkr

http://www.dapmalaysia.org/malaynet/kps/ps0370.html


Apa-apa cadangan oleh Keadilan untuk menyelesaikan perbezaan idealogi di dalam Barisan Alternatif mesti mengecualikan penubuhan sebuah negara Islam supaya menepati persefahaman awal di kalangan parti-parti komponen barisan pembangkang
_______________________________________________________

Kenyataan Media oleh Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh
_______________________________________________________

Petaling Jaya, 2 Julai – Saya berasa gembira Keadilan telah mengumumkan bahawa syor negara Islam oleh PAS tidak mendapat pengesahan tiga ahli barisan pembangkang yang lain dan kurang mendapat sokongan daripada kaum Melayu di pantai barat Semenanjung, kebanyakan bukan Melayu dan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak. Namun, Parti Rakyat Malaysia belum lagi menyatakan secara khusus bahawa ia tidak menyokong keinginan kuat PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam dengan sebuah kerajaan Islam.

Timbalan Presiden Keadilan, Dr. Chandra Muzaffar tidak perlu menegur saya dengan lembut atau sebaliknya kerana menaikkan suhu politik mengenai isu negara Islam. Segala-galanya telah dimulakan oleh PAS, terutamanya oleh Timbalan Presidennya, Abdul Hadi Awang. Adalah baik bahawa isu ini telah diluahkan secara awam. Pendirian DAP selama ini adalah konsisten – tiada tolak ansur mengenai tentangannya terhadap penubuhan sebuah negara Islam, sama ada oleh UMNO atau PAS. Apa-apa seruan oleh mana-mana pihak tentang penubuhan sebuah negara Islam akan dicabar sepenuhnya oleh DAP kerana seruan sedemikian mempunyai kesan menjatuhkan struktur asas Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan sebuah negara sekular secara tegas dan mutlak. Apa-apa percubaan untuk menjatuhkan kedudukan ini yang perlu mendapat pengiktirafan semua rakyat memandangkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara, mesti ditentang demi mempertahankan Perlembagaan.

DAP tidak pernah dan tidak akan mengkhianati dirinya dengan meneruskan kedudukannya di dalam barisan pembangkang sekiranya PAS masih bertekad mahu menubuhkan sebuah negara Islam dan kerajaan Islam walaupun terdapat persefahaman jelas bahawa apabila DAP menyertai barisan pembangkang pada 1999, PAS tidak akan membuat tuntutan untuk sebuah negara Islam.

Apa-apa cadangan oleh Keadilan untuk menyelesaikan perbezaan idealogi di dalam Barisan Alternatif mesti mengecualikan penubuhan sebuah negara Islam supaya menepati persefahaman awal di kalangan parti-parti komponen barisan pembangkang. Jika tidak, langkah sedemikian hanya akan merupakan suatu usaha sia-sia. Bola kini sedang berada di dalam gelanggan PAS. Memandangkan DAP tidak akan bertolak ansur mengenai isu tersebut, kedua-dua Fadzil Noor dan Hadi Awang patut secara awam menarik balik seruan mereka masing-masing untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan kerajaan Islam.

kalau BA menang dan dilaksanakan hukum islam kepada org islam tapi tak umumkan malsyia negara islam..saya rasa itu lebih baik dpd umumkan malaysia negara islam tapi isteri PM pun tak pakai tudung..
 
"marilah kita bekerjasama..its ok i will KIV the islamic state matter first.."

KIV still ok laa
than BN already KICKed agama la

RASUAH, tu tanda agama tak dipeduli
:) :D
 
kalau BA menang dan dilaksanakan hukum islam kepada org islam tapi tak umumkan malsyia negara islam..saya rasa itu lebih baik dpd umumkan malaysia negara islam tapi isteri PM pun tak pakai tudung..

tak pakai tudung tu aku tak kesah sangat, tu masalah sendiri
yang MASALAH besar , bila melibatkan RAKYAT

harta rakyat dibuat mcm harta sendiri
rasuah sana rasuah sini,
projek mega , KONON, % komisen masuk poket
apa punya pemimpin la
 
ok, carry on..
PAS perjuangkan lah ISlam..
aku di pihak UMNO juga sentiasa perjuangkan ISlam di peringkat parlime aku masih all out..
UMNO dah buat terbaik tuk ISlam dan Melayu..

yg bab pegang pompuan, perbadi mereka dan dptlah balasan meraka
di sana nantii

banner tuh aku fikir org Islam yg tak ingat Allah yg buat..
di pihak kami yg rasional dan masih mengamalkan ajaran Islam..
bukan itu yg UMNO buat...

tp itu tak mustahil puak kapir PKR or DAP yg buat utk melagakan umat Islam..
takpun puak PAS pun pernah buat benda nih di tmpt aku tp ayat tak kasar sgt,
dlm politik segalanya mungkin...


MATLAN, KOPERJUANG ISLAM APA???
NAK BERKORBAN UTK ISLAM BALIK NGUNDI PUN PAU DUIT BN..
HEHEH.. SENGKEK SGT KER??
ORG NILAH MEMALUKAN PUAK PAS..


mcm nih punya statement pun ada ka...buta hati betul..
 
mengapa PAS perlu mengundi DAP yang telah menolak negara Islam dan Hukum Hudud PAS..

kerana kerajaan BN hendak ditumbangkan
:D

darurat makan babi dan bangkai pun boleh
yang penting SELAMAT

dan negara akan selamat bila BN ditumbangkan
:D
BN satu ancaman bila mana RASUAH berleluasa
:)
 
So memang betul lah ahli2 PAS dan PKR berada dalam dilemma..sedihnya mereka semua terpaksa juga menyokong DAP semata2 hendak menafikan majoriti 2/3 BN..agaknya kalau manifesto DAP hendak melantik seorang PM Cina juga mereka terpaksa sokong..

ya lah dah calon DAP kawasan tu..ahli2 PAS dan PKR pun terpaksalah pangkah nama calon DAP sambil terpaksa melupakan seketika perjuangan Islam mereka..jika mereka tak pangkah nanti kalah pulak calon DAP tu mcm mana nak menafikan majoriti 2/3 BN..

ini main politik kaum
biasanya BN jer yang pakai teknik ni

sorry la ... tak da ruang untuk politik kaum ni, apatah lagi agama

ini la namanya BN mengancam keselamatan
aku namakan DARURAT

tolak BN (bencana negara) first kerana mengancam keselamtan negara..
 
kenapa Nik Aziz tak bagitau kalau pangkah DAP pun boleh masuk syurga..kan senang takda la ahli2 PAS atau PKR berada dalam dilemma..:D
 
kenapa Nik Aziz tak bagitau kalau pangkah DAP pun boleh masuk syurga..kan senang takda la ahli2 PAS atau PKR berada dalam dilemma..:D

lagi satu... jangan nak mengata ulama la geng
ang tau ka apa jadi penulis 50 dalil Anwar tak leh jadi PM

takut la woo

takdanya pun ahli PAS and PKR dalam dilema
yang dalam dilema sekarang ni BN.... menang ke kalah
kalau kalah nak lari luar negara atau sedia jumpa mahkamah

:)
 
kenapa Nik Aziz tak bagitau kalau pangkah DAP pun boleh masuk syurga..kan senang takda la ahli2 PAS atau PKR berada dalam dilemma..:D

DAP kalau menang nak buat hukum Islam ke...?? tp kalau DAP menang sekurang2nye kurang sikit rasuah, salah guna kuasa, masalh dsiplin menteri2, rompak harta rakyat, bagi kekayaan ngan konco2 je..lagipun apa kurangnye DAP dan BN yang lain dari segi pentabiran, semuanye sekular, bezanye cuma kerja bsungguh2 je..BN kerja sungguh2 ke?? kalau tak da 'duit bawah meja' tak keja la...ko tak setuju ke Hudud dilaksana di Malaysia ni???
 
lagi satu... jangan nak mengata ulama la geng
ang tau ka apa jadi penulis 50 dalil Anwar tak leh jadi PM

takut la woo

takdanya pun ahli PAS and PKR dalam dilema
yang dalam dilema sekarang ni BN.... menang ke kalah
kalau kalah nak lari luar negara atau sedia jumpa mahkamah

:)

apa jadi kat penulis tu ? aku tak tau story lagi ni..
 
Back
Top
Log in Register