BTC USD 84,095.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dilemma Ahli2 Pas & Pkr

Hmmm... berdesing telinga aku bila baru jap tadi wife aku kasi tahu aku, member satu opis dia BELUM mendaftar sebagai pengundi akan ttp bila semak dalam website SPR... cuba teka apa jadi...

NAMA MEMBER WIFE AKU TU DIDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI

:mad: :mad: :mad:​

Sesiapa yang kerja or ada kaitan secara langsung @ tidak dgn SPR JAHANAM better u all cari kerja lain @ hentikan dari duk bersubahat dgn penipuan yang dasyat lagi zalim.
 
Adakah ahli2 PAS dan PKR akan mengundi calon DAP dikawasan2 yang ditandingi parti DAP?

Adakah ahli2 PAS dan PKR akan menyokong manifesto DAP yang tidak sedikit pun menggambarkan tentang Islam sebagai agama rasmi negara yang nilai2nya menjadi asas pentadbiran negara?

Adakah ahli2 PAS dan PKR akan mengundi calon DAP yang mana para pemimpin tertingginya telah menolak negara Islam PAS?

tak kira la apa katak
yang penting jangan BN

Moral tadak
nasib baik teloq ada lagi
:eek: :eek:
 
mengapa PAS perlu mengundi DAP yang telah menolak negara Islam dan Hukum Hudud PAS..
 
sanggup tolak BN yang di pengerusi orang islam sendiri dan memilih DAP yang tolak islam.. huh.. mana semangat keislaman.. hanya satu kerajaan je yang dapat belah bahagi kepada semua kaum terutamanya bumiputera..
 
sanggup tolak BN yang di pengerusi orang islam sendiri dan memilih DAP yang tolak islam.. huh.. mana semangat keislaman.. hanya satu kerajaan je yang dapat belah bahagi kepada semua kaum terutamanya bumiputera..

ko x paham apa ko diam..ini strategy pas..ko tgk laa..masa DAP gabung ngan PAS ..berapa banyak DAP menang..lingkup banyak laie ada..itu pasal die orang duduk luar sekang..cuma musuh sama BN yang lahabau..tak reti..jangan komen:mad:
 
:eek: :eek: MACAM2 MAMAT 2 ORG 2...TYA SOALAN YG DAH BERKALI2 DI JAWAB...TAPI MASIH X PAHAM2...PENING AKU....:eek: :eek:
 
http://www.dapmalaysia.org/malaynet/kps/ps0370.html


Apa-apa cadangan oleh Keadilan untuk menyelesaikan perbezaan idealogi di dalam Barisan Alternatif mesti mengecualikan penubuhan sebuah negara Islam supaya menepati persefahaman awal di kalangan parti-parti komponen barisan pembangkang
_______________________________________________________

Kenyataan Media oleh Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh
_______________________________________________________

Petaling Jaya, 2 Julai – Saya berasa gembira Keadilan telah mengumumkan bahawa syor negara Islam oleh PAS tidak mendapat pengesahan tiga ahli barisan pembangkang yang lain dan kurang mendapat sokongan daripada kaum Melayu di pantai barat Semenanjung, kebanyakan bukan Melayu dan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak. Namun, Parti Rakyat Malaysia belum lagi menyatakan secara khusus bahawa ia tidak menyokong keinginan kuat PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam dengan sebuah kerajaan Islam.

Timbalan Presiden Keadilan, Dr. Chandra Muzaffar tidak perlu menegur saya dengan lembut atau sebaliknya kerana menaikkan suhu politik mengenai isu negara Islam. Segala-galanya telah dimulakan oleh PAS, terutamanya oleh Timbalan Presidennya, Abdul Hadi Awang. Adalah baik bahawa isu ini telah diluahkan secara awam. Pendirian DAP selama ini adalah konsisten – tiada tolak ansur mengenai tentangannya terhadap penubuhan sebuah negara Islam, sama ada oleh UMNO atau PAS. Apa-apa seruan oleh mana-mana pihak tentang penubuhan sebuah negara Islam akan dicabar sepenuhnya oleh DAP kerana seruan sedemikian mempunyai kesan menjatuhkan struktur asas Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan sebuah negara sekular secara tegas dan mutlak. Apa-apa percubaan untuk menjatuhkan kedudukan ini yang perlu mendapat pengiktirafan semua rakyat memandangkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara, mesti ditentang demi mempertahankan Perlembagaan.

DAP tidak pernah dan tidak akan mengkhianati dirinya dengan meneruskan kedudukannya di dalam barisan pembangkang sekiranya PAS masih bertekad mahu menubuhkan sebuah negara Islam dan kerajaan Islam walaupun terdapat persefahaman jelas bahawa apabila DAP menyertai barisan pembangkang pada 1999, PAS tidak akan membuat tuntutan untuk sebuah negara Islam.

Apa-apa cadangan oleh Keadilan untuk menyelesaikan perbezaan idealogi di dalam Barisan Alternatif mesti mengecualikan penubuhan sebuah negara Islam supaya menepati persefahaman awal di kalangan parti-parti komponen barisan pembangkang. Jika tidak, langkah sedemikian hanya akan merupakan suatu usaha sia-sia. Bola kini sedang berada di dalam gelanggan PAS. Memandangkan DAP tidak akan bertolak ansur mengenai isu tersebut, kedua-dua Fadzil Noor dan Hadi Awang patut secara awam menarik balik seruan mereka masing-masing untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan kerajaan Islam.
 
"marilah kita bekerjasama..its ok i will KIV the islamic state matter first.."
 

Attachments

  • 7.4 KB Views: 31
[1]
Yaa, Siin.
[2]
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
[3]
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
[4]
Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).
[5]
Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
[6]
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
[7]
Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.
[8]
Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.
[9]
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
[10]
Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman.
[11]
Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.
[12]
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
[13]
Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
[14]
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.
[15]
Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".
[16]
Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
[17]
"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".
[18]
Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
[19]
Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".
[20]
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu
 
Back
Top
Log in Register