BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DiGi sokong mekanisme formula

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

PETALING JAYA 7 Mei - DiGi.Com Bhd menyokong cadangan bahawa pengguna berhak menerima masa berbual prabayar bernilai RM10 apabila membeli nilai prabayar pada harga yang sama, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Albern Murty.

Menurut beliau, penyedia telekomunikasi ketiga terbesar di negara ini itu juga menyokong cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk menetapkan mekanisme formula 'RM10-untuk-RM10', yang berkaitan dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi perkhidmatan prabayar.

"Kami bekerjasama dengan menteri untuk memastikan bahawa kami dapat merealisasikan cadangan beliau," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu, di sini hari ini.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini mengeluarkan arahan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi supaya mengembalikan harga kad prabayar kepada harga sebelum GST.

Bagaimanapun, arahan itu, yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Mei, ditangguhkan selepas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Halim Shafie membuat kenyataan bahawa kad prabayar akan terus dijual dengan memasukkan caj GST, menyebabkan kementerian turut terlibat dalam menangani isu itu.

Syarikat telekomunikasi menghadapi kesukaran untuk mematuhi arahan tersebut dalam tempoh masa yang singkat, kata Halim.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pada akhir suku pertama berakhir 31 Mac 2015, DiGi mengumpul 11.7 juta pelanggan, dengan 9.9 juta atau 85 peratus membabitkan pelanggan prabayar dengan hasil purata setiap pengguna (ARPU) sebanyak RM39. - BERNAMA
 
digi ni dari dulu aku tgk dia suka melintang arus... dulu simcard dekat 200 masuk digi dia kasi murah...smpai satu tahap kasi free je sim.... tapi coverage dia xbanyak
 
aku suke digi... line pertama aku gune since pakai nokia 3310.. malangnye coverage dier x menyeluruh... kat opis aku yg tgh cheras pun x dpt tenet... ckp dl lembaga kuning sampai masuk utan bagai... nih kt tasek permaisuri pun line data x ada... terpaksa la pakai sialkom... yg mmg cam syial...
 
Umobile dengan Digi mana lagi baik?
 
Back
Top
Log in Register