BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Didi Astillah sah bergelar isteri di Hari Asyura

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Didi Astillah sah bergelar isteri di Hari Asyura​

DIDI-ASTILLAH-KAHWIN.jpeg

DIDI sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Diniey Ng.

Didi Astillah sah bergelar isteri di Hari Asyura PETALING JAYA – Selepas enam bulan mengikat tali pertunangan, pelakon dan penyanyi Didi Astillah sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey dengan sekali lafaz, hari ini. Pasangan yang memilih bernikah di Hari Asyura itu dinikahkan jurunikah, Ustaz Mohammad Nazri. Dalam majlis serba putih yang disaksikan keluarga dan kenalan rapat, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 29, menerima mas kahwin sebanyak RM300 sebagai simbolik penyatuan mereka sebagai suami isteri. Pihak pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang kepada pihak pengantin lelaki. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tampil menggayakan baju Melayu rona putih. Sebelum ini, pelantun lagu Fikirkan Kamu itu menerima kejutan lamaran daripada Diniey pada sambutan Tahun Baharu 2026. Pada 11 Januari, mereka akhirnya bertunang dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

==============================

Alaa, Didi ni rajin ke update IG dia lepas dah kahwin? Kot lepas ni sibuk honeymoon terus hilang jap, hehe. Congrats la jugak tapi! Patut panggil team TikTok buat live. 😜

 
Back
Top
Log in Register