ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Sebanyak 150,051 saman tertunggak direkodkan dari 2003 hingga kini di Johor.
JOHOR BAHRU - Polis akan memburu pesalah trafik yang gagal menjelaskan saman tertunggak bernilai RM45 juta di seluruh Johor.
Ketua Trafik Johor, Superintendan Baharudin Mat Taib berkata, menerusi rekod pihaknya mengesan sebanyak 150,051 saman tertunggak yang direkodkan dari 2003 hingga kini.
Katanya usaha mengesan individu ini akan dilakukan beserta waran tangkap.
"Kita akan cari mereka yang sudah dikeluarkan waran tangkap kerana gagal menjelaskan saman trafik dalam tempoh yang diberikan.
"Kita akan cari mereka ini dengan pelbagai cara sama ada pergi ke rumah, pejabat atau membuat tangkapan melalui sekatan jalan raya," katanya ketika ditemui media semalam.
Mengikut rekod, saman tertunggak dari 2003 - 2013 sebanyak 96,526 diikuti waran semasa bagi 2014 hingga 2015 iaitu 53525 saman.
Baharudin berkata, pesalah trafik ini mempunyai tempoh sehingga 15 Mei ini untuk melunaskan saman mereka sebelum dijejak.
"Mereka yang sudah dikeluarkan waran hanya boleh menjelaskan bayaran di kaunter trafik negeri sahaja.
"Bagaimanapun, saman-saman lain boleh dibayar menerusi aplikasi MyEG," katanya.
Dilaporkan sebanyak 1.59 juta saman trafik tertunggak direkodkan sehingga semalam di seluruh negara sejak 2003.