kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
UMIE dan Zara antara selebriti yang memuji keperibadian Puteri Balqis dalam media sosial mereka semalam.
"Dia anak yang baik, jangan sesiapa kacau dia – Umie Aida" PETALING JAYA – Bukan sahaja orang ramai, aktres Puteri Balqis turut meraih sokongan dan doa daripada beberapa selebriti tanah air berhubung kemelut dengan pelakon Mia Sara Nasuha semalam.
Antara selebriti yang menzahirkan kata-kata semangat buat Puteri Balqis, 18, ialah Datin Paduka Umie Aida dan Zara Zya.
Umie dalam satu hantaran media sosial memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengganggu Puteri Balqis yang dianggap sebagai pelakon berbakat besar.
“Sayang ibu Puteri Balqis. Saya sayangkan dia.
“Dia pelakon hebat dan anak yang baik. Jangan sesiapa kacau dia,” katanya.
Sementara Zara pula dalam platform Threads menyifatkan Puteri Balqis sebagai gadis yang menyenangkan.
“Saya pernah bekerjasama dengan Puteri Balqis. Dia jenis tak banyak cakap dan fokus dengan urusan sendiri.
“Bagi saya, dia juga seorang yang matang dan baik,” ujarnya.
Sejak semalam, nama Puteri Balqis menjadi bualan paling hangat dalam media sosial apabila dilaporkan membuat pendedahan dengan mendakwa Mia Sara terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti berparti di kelab malam, minum alkohol dan mengambil bahan terlarang.
Dia juga menyeru Mia Sara tampil bagi menyelesaikan kemelut antara mereka selepas wanita berusia 20 tahun itu didakwa turut pernah memalukan ibunya. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala, Balqis ni suka hati dia je nak post kat socmed, buat hal kecoh2. Tapi Dah dapat perhatian, jaga baik2 la lepas ni. Harap Mia dpt selesaikan baik2, tak payah gaduh2 lagi.
Dia anak yang baik, jangan sesiapa kacau dia - Umie Aida
PETALING JAYA - Bukan sahaja orang ramai, aktres Puteri Balqis turut meraih sokongan dan doa daripada beberapa selebriti tanah air berhubung kemelut dengan pelakon Mia Sara Nasuha semalam.Antara selebriti yang menzahirkan kata-kata semangat buat Puteri Balqis, 18, ialah Datin Paduka Umie Aida...
www.kosmo.com.my