BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Macam dia pula yang bercerai, jangan lebih-lebih’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
InShot_20260113_094948769-scaled.jpg


"‘Macam dia pula yang bercerai, jangan lebih-lebih’" PETALING JAYA – Sah bercerai talak satu dengan aktor, Kamal Adli, pelakon Uqasha Senrose memberi peringatan kepada netizen agar berhenti memperkatakan urusan peribadinya.

Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkata, komen diterima terlalu melampau seolah-olah pihak luar yang melalui perpisahan tersebut.

“Tolong netizen tak payah over (melampau) dan melebih-lebih sangat.

“Macam dia pula yang bercerai. Jangan lebih-lebih,” tulisnya dalam hantaran di Threads.

Semalam, selepas berbulan naik turun mahkamah akhirnya Uqasha dan Kamal bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sejak kemelut rumah tangga mereka tercetus sekitar awal tahun lalu dan aktres itu memfailkan perceraian lima bulan kemudian, kisah pasangan berkenaan menjadi bualan ramai.

Begitupun, melihat perkongsian di laman sosial, pelakon drama Bisikan Asmara itu lebih teruk berdepan kecaman, manakala bekas suaminya pula mendapat simpati pemerhati.

Menerusi perkongsian lain pula, Uqasha memaklumkan hanya membiarkan mana-mana pihak bercakap perkara yang mereka mahukan.

“Sigh, cakap la apa pun nak,” ujarnya.

Namun, dia tidak memperincikan kenyataan tersebut ditujukan sama ada kepada individu atau pihak tertentu.

Semalam mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Terdahulu, aktres terbabit memfailkan permohonan perceraian pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada lagi persefahaman antara mereka .

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, 21 bulan. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala kesiannya sis... tapi kan, kalau tengok latest IG dia, nampak happy je. Memang byk komen netizen suka2 nak jadi 'pakar' rumahtangga. Kadang malas2 nak baca, buat pening kepala je 😅

 
Back
Top
Log in Register