BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Di Melaka hati Najib senang

imzza

Active+ Member
Messages
4,248
Joined
Apr 17, 2014
Messages
4,248
Reaction score
59
Points
45
w3xjnqthxz.png

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjanjikan projek bernilai berbilion ringgit kepada Melaka selepas negeri itu menunjukkan sokongan padu kepada beliau dalam satu majlis malam ini.

Walaupun belum diluluskan, Najib berkata, dia akan meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) melihat kepada projek yang dicadangkan itu dan percaya timbalan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan turut memberi sokongan.

"Saya nak nyatakan di saya akan bawa cadangan ini dan saya akan bincang dengan jemaah menteri setelah diteliti EPU.

"Saya lihat memang ada potensi dan seluruh coastal highway (lebuh raya pesisir pantai) ini akan berjaya," katanya berucap di majlis Malam Solidariti Aidilfitri di Melaka malam ini.

Janji diberi Najib itu ekoran kegembiraan beliau melihat kehadiran ramai orang ke program berkenaan.

Selain mendengar ucapan daripada Najib, mereka juga berharap dapat memenangi sesuatu daripada cabutan bertuah disediakan penganjur.

Antara hadiah disediakan ialah kereta dan motosikal.

Terdahulu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron meminta kerajaan Pusat meluluskan projek laluan pesisir pantai di negeri itu yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.

Kata Najib beliau gembira dengan kehadiran orang ramai dan semangat berkobar-kobar rakyat Melaka "terserlah" ketika beliau dan isteri Datik Seri Rosmah Mansor, tiba di majlis berkenaan.

Kembar Melaka, Guandong

Menurut beliau, Idris menjanjikan seramai 50,000 orang untuk menghadiri program bersamanya malam ini.

"Bila dilihat saujana mata memandang, lebih 50,000. Oleh itu saya mengisytiharkan KPI (indeks prestasi utama) Ketua Menteri Melaka dipenuhi sepenuhnya.

"Dari segi kualiti, dan semangat berkobar-kobar rakyat Melaka terserlah apabila saya dan isteri tiba tadi.

"Sebab itulah saya sangat senang hati dan berasa senang berada di Melaka. (Saya) akan beri pertimbangan sebaik mungkin atas permintaan Ketua Menteri Melaka," katanya.

Perdana menteri juga meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM180 juta bagi projek Sungai Melaka serta memanjangkan landasan lapangan terbang di negeri itu.

Katanya, ia selaras dengan kelulusan diberi kabinet untuk Melaka menjadi negeri kembar kepada bandar Guandong di China.

"Saya yakin perjanjian (antara Melaka dan Guandong) akan dimeterai dalam masa terdekat. Guandong jadi rakan bangunkan Melaka dan perdagangan meningkat.

"Saya yakin (melalui projek) menaik taraf lapangan terbang, kapal terbang dari Guandong boleh mendarat di sini.

"Tak boleh kata lapangan terbang antarabangsa kalau ada satu dua kapal terbang sendiri saja (menggunakannya)," katanya.

Sumber: MalaysiaKini

Ulasan
Kaya betul Kerajaan DS Najib yer. Asal aja jumpa geng mereka pasti tabur janji projek berbilion2 ringgit.. :">

w2zn5gu8ej.jpg

APA NAK HERAN.. satu akaun bank peribadi Najib (yg dah terkantoi) pon dah ada RM2.6 bilion. Rosmah pula RM2 juta.. Itu blom lagi akaun2 bank yg blom terkantoi..:D

Pandai betoi mereka laki bini 'MENABUNG'.. Menabung atau korek tabung rakyat..??!! :-? :p
 
jiban janji lagi..lingkopp
 
Projek bernilai Berbilion Ringgit kepada Melaka

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjanjikan projek bernilai berbilion ringgit kepada Melaka selepas negeri itu menunjukkan sokongan padu dengan hampir 50 ribu hadir pada satu majlis bersamanya malam semalam.

https://www.youtube.com/watch?v=E2OH7tIypoM
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjanjikan projek bernilai berbilion ringgit kepada Melaka selepas negeri itu menunjukkan sokongan padu kepada beliau dalam satu majlis malam ini.

kalau sokong ada projek..
kalau bangkang masuk jel..

moral: ??????
 
pandai nya najib berucap. kiki. ramai jgk org melaka ni bg sokongan ya. dtg nk kereta kot
 
Dasyat betul melayu ni. Kena kencing sampai mati xleh nak tgk kebenaran lagi.
 
Back
Top
Log in Register