BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,301.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Melaka: PAS sasar bertanding di 16 kerusi DUN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,365
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,365
Reaction score
346
Points
141
2c896cfbb927a7660878fe274386f821.jpg


PAS menyasarkan untuk bertanding di 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Pesuruhjaya PAS Melaka Zulkifli Ismail berkata 16 kerusi berkenaan ialah Pantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Linggi, Taboh Naning, Rembia, Durian Tunggal, Ayer Molek, Pengkalan Batu, Telok Mas, Duyong, Sungai Rambai, Merlimau dan Serkam.

Beliau berkata parti itu membuat ketetapan untuk bertanding di semua kerusi berkenaan dengan menampilkan calon berwibawa, berintegriti serta mempunyai latar belakang kepimpinan yang diyakini.

“Ketetapan ini selaras dengan kenyataan yang disampaikan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam program Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Melaka yang lalu,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di laman sosial Facebook PAS Melaka hari ini.

Penggal kelima DUN Melaka dijadual tamat pada Disember ini, sekali gus bakal membuka laluan kepada PRN pada tahun ini.

- Bernama

 
Back
Top
Log in Register