BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewasa sebelum waktunya

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



AKSI Danna Gomez menunjukkan cara-cara bersolek di internet menerusi video yang dimuat naik baru-baru ini telah mencetuskan viral. Masakan tidak, dia hanya berusia lima tahun tetapi lagak dan kebolehannya seolah-olah mengalahkan profesional!

Memetik laporan Mail Online pada 23 Mac lalu, video berkenaan memaparkan kanak-kanak berasal dari Columbia itu bukan sahaja mengajar cara memakai celak serta bedak asas dengan betul, malah turut berkongsi teknik untuk memancungkan hidung.

Walaupun ada yang merasakan ‘bakat’ dan perbuatannya itu comel, namun sebahagian besar pengguna laman sosial memberi kritikan negatif termasuk menyifatkan tindakan itu merupakan tekanan kepada kanak-kanak supaya mereka cepat membesar.

Antara komen dilontarkan, “Mengapa kita tidak memberi kebebasan kepada anak-anak kita untuk membesar? Perlukah kita memaksa mereka menjadi dewasa sebelum mereka bersedia?”. Malah ada juga yang menyifatkan video tersebut adalah contoh kanak-kanak naif yang bakal cenderung ke arah budaya seks.

Alasan yang diberikan oleh ibu saudaranya, Dannise Gomez bahawa video itu dirakam bertujuan hanya untuk suka-suka dan disiarkan dengan kebenaran ibu kanak-kanak itu tidak cukup untuk mewajarkan tindakan yang dianggap mendewasakan kanak-kanak sebelum tiba masanya.

Hakikatnya, kisah dialami Danna itu turut berlaku kepada kanak-kanak lain di seluruh negara, cuma yang membezakan adalah ‘skrip jalan cerita’ serta ‘pelakonnya’. Berikut antara paparan menarik tentang kanak-kanak yang turut berkongsi nasib sama.
 
Back
Top
Log in Register