BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewan Rakyat Lulus RUU Jenayah Siber 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Dewan Rakyat Lulus RUU Jenayah Siber 2026​

4db449c60e8902585b339afcd4f04dad68e9dd00e401d


Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 yang antara lain memperuntukkan kesalahan dan hukuman berkaitan pemalsuan digital (deepfake) serta penyebaran imej intim digital yang dimanipulasi melalui sistem komputer kompleks.

RUU yang mengandungi 61 fasal berkaitan jenayah siber itu diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahaskan 48 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata RUU berkenaan tidak memberi kuasa mutlak kepada pihak berkuasa atau mengatasi mana-mana perundangan lain termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972, sebaliknya tertakluk kepada mekanisme semak dan imbang serta prosedur perundangan yang ketat bagi melindungi hak asasi dan privasi rakyat.

Beliau berkata kuasa mengakses sistem dan data komputer juga tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya, tetapi perlu mematuhi tatacara yang ditetapkan di bawah undang-undang.

“Notis pemeliharaan data komputer hanya boleh dikeluarkan sekiranya pegawai penyiasat berpuas hati bahawa data itu munasabah dan diperlukan bagi tujuan penyiasatan serta terdapat risiko data berkenaan dipadam, diubah atau dimusnahkan jika tindakan segera tidak diambil.

“Mengenai penzahiran data komputer, kerajaan ingin menegaskan bahawa ia hanya boleh dilaksanakan melalui notis bertulis kepada pihak mempunyai milikkan atau kawalan ke atas data tersebut dan tertakluk kepada keperluan penyiasatan yang sah,” katanya ketika menggulung perbahasan usul RUU itu.

Menjawab kebimbangan bahawa RUU itu boleh mengekang kebebasan bersuara, Ahmad Zahid berkata undang-undang tersebut memberi tumpuan kepada aspek keselamatan dan jenayah siber.

Selain itu, beliau berkata kandungan yang dijana menggunakan AI tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana ia dihasilkan teknologi berkenaan, sebaliknya pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen kesalahan termasuk niat jenayah (criminal intent), tujuan penggunaan serta kesan daripada perbuatan itu.

Beliau turut memaklumkan kerajaan telah menubuhkan Cybersecurity and Cryptology Development Centre pada 3 Jun lepas, yang menggabungkan CyberSecurity Malaysia dan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia di bawah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi memperkukuh kepakaran termasuk forensik AI.

 
Back
Top
Log in Register