BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dengan NLWeb, Microsoft Ingin Mengubah Semua Laman Web Menjadi Aplikasi AI

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Di acara Microsoft Build awal pagi tadi, NLWeb telah diperkenalkan dengan ia adalah singkatan untuk Natural Language Web. Menerusinya Microsoft mengatakan semua laman web boleh diubah menjadi aplikasi AI dengan kemampuan melakukan carian kandungan laman menggunakan bahasa biasa sama seperti carian Google Gemini dan Copilot.

Micorosft-NLWeb-B-950x535.jpg.webp


Teknologi sumber terbuka NLWeb menggunakan teknologi Schema.org, RSS dan pelbagai lagi sistem data yang sudahpun disokong oleh laman web untuk membolehkan carian dilakukan dengan lebih mudah. Tidak seperti ejen AI, sistem carian untuk laman web semasa masih memerlukan kata kunci yang tepat untuk memberikan kandungan yang dicari oleh pengguna. NLWeb juga direka bagi membolehkan ia berinteraksi dengan agen AI lain. Dengan ini kandungan laman boleh dicari oleh agen AI lain. NLWeb masih di peringkat ujian tetapi telahpun digunakan oleh laman seperti Tripadvisor, Eventbrite dan Shopify.​
 
Back
Top
Log in Register