BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DBS PayLah! alami gangguan khidmat, urus niaga terjejas akan dibayar balik

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

DBS PayLah! alami gangguan khidmat, urus niaga terjejas akan dibayar balik​

screenshot_2026-07-24_063728.jpg

DBS PayLah! alami gangguan khidmat, urus niaga terjejas akan dibayar balik

SINGAPURA: Bank DBS pada Khamis malam (23 Jul) menyatakan bahawa perkhidmatan PayLah! miliknya sedang mengalami gangguan dan pihak bank sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan tersebut.

Dalam satu catatan di Facebook tidak lama selepas 9.00 malam, bank itu memaklumkan bahawa beberapa pengguna DBS PayLah! mengalami masalah ketika menggunakan perkhidmatan berkenaan.

IKLAN

Ia menambah bahawa pelanggan masih boleh terus menggunakan fungsi Scan & Pay, membuat pemindahan wang melalui aplikasi mudah alih DBS/POSB digibank, atau menggunakan kad kredit mahupun kad debit DBS/POSB mereka.

Dalam makluman terkini pada 10.35 malam, pihak bank menyatakan bahawa mereka masih berusaha untuk memulihkan perkhidmatan sepenuhnya. Pihak bank turut memberi jaminan kepada pelanggan bahawa sebarang jumlah pembayaran atau pemindahan yang terjejas akan disalurkan semula ke dalam dompet PayLah! mereka.

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan amat menghargai kesabaran serta kefahaman anda."

Laman pemantau gangguan perkhidmatan, Downdetector, menunjukkan 17 laporan pengguna setakat 11.04 malam. Laporan sebelum ini mencapai kemuncak pada angka 56 laporan sekitar 8.49 malam.

Mediacorp sudah menghubungi DBS untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai gangguan tersebut, termasuk punca kejadian dan jumlah pelanggan yang terjejas.

IKLAN

Pada 19 Mac lalu, perkhidmatan digital DBS pernah terjejas akibat gangguan pada waktu makan tengah hari yang menyebabkan pelanggan tidak dapat log masuk ke platform perbankan online mereka selama beberapa jam.

Sebagai maklum balas kepada soalan di Parlimen mengenai gangguan tersebut, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata bahawa siasatan mendapati "langkah yang tersilap" semasa melakukan perubahan sistem adalah punca gangguan itu berlaku.

Beliau juga menyatakan bahawa Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan mengambil langkah susulan dengan DBS untuk "memperketat dan memantapkan proses pengurusan perubahan sistem" bank tersebut.

 
Back
Top
Log in Register