BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook Kembali Pulih Selepas Alami Gangguan Akses

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,165
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,165
Reaction score
346
Points
141

Facebook Kembali Pulih Selepas Alami Gangguan Akses​

b8bc3e9c0d1602475b4d47400af758b8634a20bec161f


Platform media sosial Facebook kini kembali pulih dan boleh diakses sepenuhnya selepas mengalami gangguan perkhidmatan petang tadi.

Semakan Bernama mendapati aplikasi itu kini beroperasi seperti biasa menerusi mana-mana peranti termasuk komputer, membolehkan pengguna log masuk serta menggunakan fungsi utama platform berkenaan tanpa sebarang gangguan.

Seorang pengguna @MadameSeniorita meluahkan rasa lega selepas mendapati Facebook boleh diakses kembali serta berkongsi perkembangan itu menerusi platform media sosial lain.

“Facebook is back!!! YEHEY!!!” (Facebook kembali pulih!!! YEHEY!!!), menurutnya menerusi hantaran di aplikasi X.

Sementara itu, The Mirror, sebuah portal berita dan akhbar tabloid di United Kingdom, menerusi hantaran di Facebook turut memaklumkan platform itu sudah kembali pulih.

“Facebook is back” (Facebook kembali pulih), menurut hantaran berkenaan.

Terdahulu, Facebook dilaporkan mengalami gangguan teknikal menyebabkan pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia, berdepan kesukaran mengakses akaun, memuat naik foto dan video serta menghantar mesej menerusi aplikasi Messenger.

 
Back
Top
Log in Register