BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengguna DBS PayLah! nikmati pulangan tunai S$3 setiap Sabtu

adi19

Fun Poster
Messages
780
Joined
Oct 30, 2013
Messages
780
Reaction score
3
Points
25

Pengguna DBS PayLah! nikmati pulangan tunai S$3 setiap Sabtu​

dbs.jpg

Seorang pelanggan membayar menggunakan aplikasi DBS PayLah!. (Gambar: DBS Bank)

SINGAPURA: Pengguna DBS PayLah! akan menikmati pulangan tunai sehingga S$3 setiap Sabtu mulai 29 Ogos hingga 19 Disember menerusi kempen yang kembali dilancarkan, umum bank itu pada Selasa (25 Ogos).

Diskaun itu tersedia untuk 160,000 pelanggan pertama setiap Sabtu di kedai-kedai peniaga yang mengambil bahagian, termasuk kedai kejiranan, pasar basah, kedai kopi dan gerai penjaja.

IKLAN

Kempen itu kembali untuk tahun keempat dan akan berlangsung selama 17 Sabtu – lima minggu lebih lama berbanding tahun lalu.

2.7 juta ganjaran pulangan tunai tersedia secara keseluruhan, meningkat sekitar 40 peratus berbanding tahun lalu, dedah DBS.

Pulangan tunai itu sebahagian daripada program Saturday Savings DBS, di bawah langkah sokongan bernilai S$10 juta yang diumumkan bank tersebut awal tahun ini bagi membantu rakyat Singapura menangani tekanan kos sara hidup.

Program itu bermula pada Julai dengan potongan S$3 untuk telur dan S$3 untuk beras setiap Sabtu di pasar raya Sheng Siong dan Giant sehingga 29 Ogos.

“Setiap dolar yang dijimatkan penting, terutama dalam keadaan kos yang meningkat hari ini,” kata Ketua Kumpulan Perbankan Pengguna DBS Singapura, Calvin Ong.

IKLAN

Beliau berkata program itu “juga menggalakkan lebih ramai menyokong perniagaan kejiranan, sekali gus membolehkan manfaatnya kembali kepada masyarakat setempat yang kami berikan perkhidmatan.”

 
Back
Top
Log in Register