BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

David Lacey Dilantik Konsul Kehormat UK Di Pulau Pinang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

David Lacey Dilantik Konsul Kehormat UK Di Pulau Pinang​

4e22b75bb2cf730521c77afd6f17a4a76a7af3256ca3b

Kredit: British High Commission

Pengerusi Persatuan Fabrikasi Semikonduktor Malaysia (SFAM), Dr David Lacey, dilantik sebagai Konsul Kehormat British yang baharu di Pulau Pinang.

Lelaki berusia 60 tahun itu menggantikan Datuk Robert Hawkins yang bersara selepas berkhidmat selama 20 tahun dalam jawatan berkenaan.

Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ajay Sharma berkata Lacey akan menyokong penglibatan suruhanjaya tinggi itu dengan Pulau Pinang dan wilayah utara dalam sektor teknologi, digital dan kecerdasan buatan (AI), ketika kedua-dua negara berusaha merealisasikan Perkongsian Strategik.

"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Robert Hawkins atas 20 tahun khidmat cemerlang beliau kepada komuniti British di Pulau Pinang dan Suruhanjaya Tinggi," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur pada Selasa.

Sebagai Konsul Kehormat, Lacey akan membantu mengukuhkan hubungan politik, akademik dan perdagangan melalui kerjasama rapat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang serta komuniti perniagaan tempatan.

Beliau juga akan melaksanakan tanggungjawab konsular, termasuk membantu warga British yang dirawat di hospital atau ditahan di penjara, menguruskan urusan susulan sekiranya berlaku kematian rakyat British, serta menyokong tindak balas United Kingdom (UK) ketika berdepan krisis.

Lacey, yang berpengalaman luas dalam industri semikonduktor di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia, termasuk menubuhkan pasukan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan produk serta teknologi baharu, kini merupakan pengarah sebuah syarikat semikonduktor berteknologi tinggi di Pulau Pinang.

Beliau juga ialah anggota lembaga Collaborative Research in Engineering, Science, and Technology (CREST) serta penasihat kepada Akademi Sains Malaysia (ASM).

Lacey, yang menetap di Pulau Pinang sejak 2001, memiliki Ijazah Doktor Falsafah dari University of Sussex di United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2021 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register