BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Seri Nicky belum ditangkap

14 anggota Geng Nicky dituduh di mahkamah

April 9, 2021 @ 10:33am

1617945988357.png

Seramai 14 anggota Geng Nicky dibawa masuk ke bangunan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini, untuk menghadapi pertuduhan. - Foto NSTP.

PETALING JAYA: Seramai 14 anggota Geng Nicky tiba di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini, hari ini untuk menghadapi pertuduhan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Terdahulu semua suspek tiba di perkarangan mahkamah jam 7.30 pagi dengan kawalan ketat.

Semua suspek termasuk lima wanita yang bergari kemudian dibawa masuk ke bangunan mahkamah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, semalam memaklumkan seramai 16 anggota Geng Nicky akan dituduh mengikut SOSMA hari ini berikutan pembabitan mereka di dalam satu kumpulan jenayah terancang.


Minggu lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, seramai 118 individu ditahan menerusi 70 serbuan dalam Operasi Pelican 3.0 yang dilakukan bagi mengesan dan menahan anggota kumpulan Geng Nicky pada 20 hingga 28 Mac lalu.

Bagaimanapun, dalang utama yang juga Pengasas Winner Dynasty, Nicky Liow Soon Hee 33, dipercayai mendapat maklumat mengenai operasi yang bakal dibuat pada 20 Mac lalu itu daripada pegawai dan anggota polis serta agensi penguat kuasa lain yang berada dalam kawalannya, termasuk seorang bekas timbalan pendakwa raya.

Nicky Liow berjaya melarikan diri dan kini dalam buruan polis.

Abdul Hamid juga dipetik sebagai berkata, antara individu yang ditahan berkenaan adalah dua adik kepada Nicky Liow, masing-masing bergelar Datuk Seri serta Datuk berusia 28 dan 30 tahun, selain seorang lagi Datuk Seri bersama lima Datuk lain.

 

Nicky Liow’s associates denied bail, prosecution seeks case transfer to High Court​

Friday, 09 Apr 2021 01:29 PM MYT


1617946901939.png


Fourteen members of the Nicky Gang at the Sessions Court in Petaling Jaya April 9, 2021. — Picture by Ahmad Zamzahuri




PETALING JAYA, April 9 — The Sessions Court here today has denied bail to 14 associates of fugitive businessman Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee on the grounds of insufficient merit.

They were among 16 individuals charged today for being members of an organised criminal group as well as for assisting an organised crime group.
The prosecution also asked presiding judge Jamaluddin Mat for the case to be transferred to the High Court in Kuala Lumpur, requesting for time to obtain sanction for the transfer.

MORE TO COME
 

Attachments

Kesemua tertuduh hanya menjawab faham dan tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

14 termasuk dua adik Nicky didakwa terbabit jenayah terancang

09 April 2021


1617951514852.png

Sebahagian 14 individu termasuk empat warga China yang didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang 'Geng Nicky' diketuai ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee. Bagaimanapun dalang utama yang juga Pengasas Winner Dynasty, Nicky Liow, 33, kini masih dalam buruan polis. - Foto Bernama


PETALING JAYA - Seramai 14 individu termasuk dua adik kepada ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan terbabit dalam jenayah terancang Geng Nicky pada 2017 lalu.

Mereka ialah Lee Han Keat, Lee Kam Onn, Datuk Lee Kum Wong, Datuk Liow Wei Kin, Datuk Liow Wei Loon, Eee Eng Chee, Dr Jovian Joris Tan Chern Chian, Datuk Loo Siew Chin, Lim Kang Li, Datuk Seri Andrew Lim Kim Ming.
Wei Kin dan Wei Loon merupakan adik kepada Nicky.

Turut didakwa empat warga China iaitu Huang Lei dan isterinya, Wang Yu Jun, Gu Xing Qiong serta Jiang Xue
Kesemua tertuduh hanya menjawab faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Jamaludin Mat kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, seramai 13 tertuduh kecuali Kim Ming didakwa menjadi ahli kumpulan terancang itu di kawasan Setiawalk, Persiaran Wawasan Pusat Bandar Puchong di sini antara 1 Januari 2017 dan 20 Mac 2021.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa di bawah Subseksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi Kim Ming yang didakwa membantu kumpulan terancang itu di lokasi dan tarikh sama, didakwa di bawah Subseksyen 130W Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak sampai 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Rohaiza Abd Rahman, Mohd Izharuddin Alias dan Mohd Farhan Aliff Ahmad.

Sementara itu, Mohamad Mustaffa berkata, terdapat dua lagi individu lain yang sepatutnya didakwa tidak hadir di mahkamah pada Jumaat.
Maka katanya, ia menunjukkan risiko untuk melarikan adalah sangat tinggi terutama membabitkan tertuduh warga asing, jadi permohonan ikat jamin wajar ditolak oleh mahkamah.

"Pertuduhan ini adalah meliputi isu keselamatan, ia berbeza dengan kes jenayah lain yang boleh dijamin," katanya.
Selain itu beliau berkata, alasan sakit tidak memadai untuk mahkamah memberi ikat jamin kerana pihak penjara boleh menyediakan rawatan perubatan di dalam penjara.

Sementara tertuduh-tertuduh diwakili barisan peguam antaranya Datuk Rajpal Singh, Datuk Suraj Singh, Mohd Salehuddin Mohd Salleh, Datuk Krishnan Kesavan Nair, M Hafiz Zainol Abidin, M Mariappan, Tiew Poh Nee dan Datuk Jensen Chua.

Ketika prosiding, peguam-peguam tertuduh memohon agar anak guam mereka diberi ikat jamin antaranya dengan alasan masalah kesihatan dan pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan terdapat risiko anak guam mereka mahu melarikan diri.
Selepas mendengar permohonan daripada semua pihak, Jamaludin menolak permohonan semua tertuduh untuk dilepaskan dengan ikat jamin.

"Setelah meneliti permohonan, mahkamah mendapati pihak pemohon gagal membuktikan hak keistimewaan supaya mahkamah memberi ikat jamin, maka permohonan mereka ditolak," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan izin memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
 
fuh modus dia mcm sama je dlm siri Narchos kt netflix ni...kartel relek je expose diri dia kt masyarakat padahal kegiatan dia mcm2 huhu
cerita escoba ni best giler habis bagunan dia bom siap bina penjara sendiri giler betul.
 
Rasanya di masih kt sini.....ada la sapa payung dia tu
 

Gambar Nicky di semua sempadan


Abd.-Rahim-Jaafar.jpg


TEMERLOH: Gambar Datuk Seri Nicky Liow Soon yang menjadi buruan telah diedarkan di kawasan kawalan sempadan bagi memastikan pengasas Winner Dynasty Group itu tidak keluar dari negara ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar berkata, setakat ini polis belum menerima sebarang maklumat individu berkenaan sudah melepasi sempadan negara.

“KDNKA terutama Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketatkan kawalan dengan gambar Nicky sudah diedarkan dan insya-Allah kalau dia cuba melalui sempadan kita akan tangkap.

“Setakat ini, tidak ada maklumat dia melepasi sempadan negara terutama menerusi jalan-jalan tikus dan sebagainya,” kata beliau pada sidang akhbar Majlis Perasmian Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Temerloh di sini hari ini.

Turut hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan; Timbalan Pengarah KDNKA, Datuk Azri Ahmad dan Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman.

Polis baru-baru ini melumpuhkan sindiket jenayah terancang didalangi Nicky.

Dalam operasi bermula 20 hingga 28 Mac itu, polis melakukan 70 serbuan dan menahan seramai 118 individu termasuk dua adik kepada Nicky masing-masing bergelar Datuk Seri dan Datuk berusia 28 dan 30 tahun.

Menurut Abd. Rahim, usaha memburu Nicky terus dilakukan melibatkan semua pasukan polis di seluruh negara.

Sementara itu, mengulas mengenai usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman beliau berkata, pada masa ini tiada pengesahan yang melaporkan usahawan kontroversi berkenaan berada di luar negara dan usaha mengesan terus dilakukan.

“Kita cuma dikatakan dia ada di Thailand cara mana dia masuk pun kita tidak tahu tetapi waktu dia dikatakan keluar itu kita masih belum minta bantuan ambil tindakan mungkin waktu itu dia ambil kesempatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiada kebenaran kepada mana-mana individu untuk merentas negeri sempena permulaan Ramadan minggu depan dalam usaha berterusan mengelak penularan wabak Covid-19.

Kata beliau, tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana individu yang cuba menipu bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri atau yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran.


== UTUSAN ONLINE
 

Ahli Kumpulan Jenayah Terancang ‘Geng Nicky’ Tangan Bergari ke Mahkamah​


9 April 2021
MGF09042021_GENG-NICKY-TUDUH09-1.jpg
Kumpulan jenayah terancang 'Geng Nicky' dibawa keluar oleh anggota polis selepas didakwa atas pelbagai kesalahan termasuklah penggubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya., Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 APRIL 2021.
MGF09042021_GENG-NICKY-TUDUH11-2.jpg
Kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ dibawa keluar oleh anggota polis selepas didakwa atas pelbagai kesalahan termasuklah penggubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya., Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 APRIL 2021.
MGF09042021_GENG-NICKY-TUDUH02.jpg
Kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ dibawa keluar oleh anggota polis selepas didakwa atas pelbagai kesalahan termasuklah penggubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya., Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 APRIL 2021.
MGF09042021_GENG-NICKY-TUDUH12.jpg
Kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ dibawa keluar oleh anggota polis selepas didakwa atas pelbagai kesalahan termasuklah penggubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya., Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 APRIL 2021.
MGF09042021_GENG-NICKY-TUDUH01.jpg
Anggota polis mengawal ketat di luar mahkamah sesyen berikutan kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ yang didakwa atas pelbagai kesalahan termasuklah penggubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya., Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 APRIL 2021.

 
#Melaka "Ini suatu yang serius, bukan satu drama atau wayang, kita amat tegas dalam membanteras aktiviti sebegini," kata Hamid.
https://www.hmetro.com.my/.../datuk-seri-nicky-masih...

Datuk Seri Nicky masih dalam negara​


1617957934516.png


Melaka: Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang kini menjadi buruan masih berada di dalam negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya yakin pasukan khas yang diketuai Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay akan dapat menyelesaikan kes ini dalam masa terdekat.

Beliau berkata, ini kerana ahli kumpulan jenayah terancang itu termasuk adik serta abangnya juga sudah ditahan dan dihadap ke mahkamah.

"Dia dipercayai masih (bersembunyi) dalam Malaysia kerana rangkaiannya semua sudah ditangkap dan saya yakin pasukan khas ini terus gigih menilai apa juga maklumat yang dikongsikan.

"Ini suatu yang serius, bukan satu drama atau wayang, kita amat tegas dalam membanteras aktiviti sebegini," katanya.
Beliau berkata demikian di sidang media pada Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 7, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya sebelum ini sudah memaklumkan bahawa Pengasas Winner Dynasty Group itu adalah orang yang dikehendaki dan mereka yang didapati melindunginya akan dibawa ke muka pengadilan.

"Sebab kita sudah menguar-uarkan dia seorang yang dikehendaki jadi sesiapa melindungi atau sengaja merahsiakan keberadaannya akan dibawa ke muka pengadilan.

"Sebelum ini saya sudah memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang terbabit melindunginya akan dibawa ke muka pengadilan," katanya.
Mengulas mengenai usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, Abdul Hamid berkata, pihaknya akan berkongsi maklumat kepada umum bagaimana Sajat dapat meloloskan diri dan bersembunyi sebaik dia pulang.

"Kita tahu dan pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) juga tahu berhubung perkara ini, Insya Allah dia balik nanti kita akan dedahkan kepada media.

"Tiada guna melarikan diri dan bersembunyi dan Ramadan pun tidak lama lagi jadi baliklah. Susah di sana, ada ke bazar Ramadan? katanya.

Disiarkan pada: April 9, 2021 @ 4:38pm


 
Back
Top
Log in Register