BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Seri Nicky belum ditangkap

PGA edar gambar Geng Nicky

1027137.jpg

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu sudah mengedarkan gambar Geng Nicky kepada seluruh anggota yang bertugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini menerusi Op Benteng Covid-19.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan ahli kumpulan geng itu meloloskan diri ke luar negara menggunakan lorong-lorong tikus.

"Semua anggota yang bertugas di lokasi sekat pintas telah diberikan gambar ini.

"Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang perkembangan berkaitan individu yang sedang diburu itu," katanya kepada pemberita di Markas PGA Lubok Stol, di sini pada Khamis.

PDRM mohon kerjasama Interpol buru Nicky Liow

Menurutnya, PGA mengalu-alukan orang ramai untuk memberi kerjasama sekiranya ternampak suspek di sekitar kawasan sempadan dengan menghubungi pihak berkuasa.

Beliau berkata, rondaan berkala akan terus ditingkatkan dalam mengesan suspek selain membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan.

Nor Azizan berkata, PGA tidak menolak kemungkinan suspek masih berada di negara ini.

Sinar Harian 30 Mac lalu melaporkan polis melumpuhkan sindiket jenayah terancang Geng Nicky yang didalangi Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee menerusi 70 serbuan pada 20 hingga 28 Mac lalu.

Serbuan di sekitar Lembah Klang dan Selangor oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor serta Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 itu bertindak menahan 118 individu.

== sinar harian
 
#kualalumpur Dua adik kepada Nicky Liow antara yang ditahan.
https://www.hmetro.com.my/.../16-geng-nicky-didakwa-esok

16 Geng Nicky didakwa esok​

1617891126302.png

Kuala Lumpur: Seramai 16 Geng Nicky akan dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, ia berkaitan pembabitan mereka di dalam satu kumpulan jenayah terancang.

Minggu lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, seramai 118 individu ditahan menerusi 70 serbuan dalam Operasi Pelican 3.0 yang dilakukan bagi mengesan dan menahan anggota kumpulan Geng Nicky yang didalangi Pengasas Winner Dynasty Group Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee pada 20 hingga 28 Mac lalu.

Beliau dipetik berkata, antara individu yang ditahan berkenaan adalah dua adik kepada Nicky Liow, masing-masing bergelar Datuk Seri serta Datuk berusia 28 dan 30 tahun, selain seorang lagi Datuk Seri bersama lima Datuk lain.

Disiarkan pada: April 8, 2021 @ 9:45pm

Power KP Johor.....siasat di Johor, tuduh di Selangor.....mungkin Johor negeri yang boleh memberi keselamatan kepada Dato' Ayob.
 
LIVE: Geng Nicky didakwa hari ini, 16 orang kanan termasuk adik kepada penjenayah dalam buruan dihadap ke Mahkamah Seksyen Petaling Jaya, Selangor.

LIVE: Geng Nicky didakwa hari ini, 16 orang kanan termasuk adik kepada penjenayah dalam buruan dihadap ke Mahkamah Seksyen Petaling Jaya, Selangor.

Maksudnya tak dpt gak nikey. So kerajaan kasi tekanan kt geng dia tuk kasi info nikey nyorok kt mana

#petalingjaya Pihak pendakwaan turut memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya dan wanita terbabit yang juga warga China, Niu Zhe.
https://www.hmetro.com.my/.../tiada-di-mahkamah-datuk...

Tiada di mahkamah, Datuk Seri Nicky dan isteri tetap didakwa​

1617942190864.png

Petaling Jaya: Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan seorang wanita dipercayai isterinya didakwa tanpa hadir di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Pihak pendakwaan turut memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya dan wanita terbabit yang juga warga China, Niu Zhe.

Terdahulu, 14 suspek kes Geng Nicky masing-masing sembilan lelaki dan lima wanita berusia antara 28 hingga 55 tahun didakwa di hadapan Hakim Jamaluddin Mat.

Antara yang dituduh dua adik Nicky iaitu Liow Wei Kin dan Liow Wei Loon termasuk empat warga China.

Nicky dan 14 yang lain didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Nicky' pada 1 Januari 2017 dan 20 Mac lalu di kawasan Setiawalk, Persiaran Wawasan di Pusat Bandar Puchong.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.

Seorang lagi, Lim King Ming, 55, didakwa membantu kumpulan jenayah terancang 'Geng Nicky' pada 1 Januari 2017 dan 29 Mac lalu di kawasan Setiawalk, Persiaran Wawasan di Pusat Bandar Puchong.

Tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 130W Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun.

Mahkamah kemudiannya mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan sebelum berhenti selama 15 minit.

Kini, prosiding diteruskan semula dengan pihak pembelaan meneruskan hujah sebelum hujahan balas oleh pasukan pendakwaan.
Disiarkan pada: April 9, 2021 @ 12:03pm

LIVE: Geng Nicky didakwa hari ini, 16 orang kanan termasuk adik kepada penjenayah dalam buruan dihadap ke Mahkamah Seksyen Petaling Jaya, Selangor.

Back
Top
Log in Register