BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Seri Nicky belum ditangkap

JIPS tunggu senarai nama pegawai, anggota polis sekongkol Geng Nicky

rsz_jpppeng1_1617269423.jpg

Kuala Lumpur: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang mendapatkan senarai nama pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang, Geng Nicky yang didalangi Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya merasa kesal kerana perbuatan sedemikian masih berlaku walaupun banyak peringatan dan amaran dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

"Bagi membantu siasatan JIPS dalam perkara ini, saya sudah menghubungi Ketua Polis Johor (Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay) bagi mendapatkan senarai nama mereka yang terbabit dan akan diserahkan dalam masa terdekat.

"Selain itu, JIPS juga akan meminta pihak Polis Johor berkongsi maklumat yang ada pada mereka kepada kami berhubung pembabitan pegawai dan anggota berkenaan dengan Geng Nicky," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zamri berkata, semua maklumat itu amat penting bagi membantu siasatan JIPS berhubung perkara itu.

"Fokus siasatan JIPS akan menjurus kepada mengenal pasti tindakan terhadap pegawai dan anggota terbabit yang menyalahi tata kelakuan dan displin mereka sebagai pegawai dan anggota polis dengan pembabitan mereka dalam sindiket terbabit.

"JIPS juga akan menyiasat sebarang salah guna kuasa oleh mereka yang terbabit dengan melindungi dan tidak mengambil tindakan ke atas Geng Nicky kerana menerima habuan tertentu," katanya.

Katanya, tindakan keras termasuk hukuman buang kerja akan diambil ke atas pegawai dan anggota yang disahkan bersekongkol dengan Geng Nicky.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Abdul Hamid mendedahkan terdapat pegawai dan anggotanya yang membocorkan maklumat dalam usaha polis memburu Nicky.

Abdul Hamid dipetik berkata, siasatan dilakukan mendapati berlaku kebocoran maklumat apabila Nicky, 33, berjaya memindahkan sejumlah besar wang yang dibawa keluar dari premis di SetiaWalk, Puchong, Selangor pada 20 April lalu.

Menurutnya, terdapat 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan.

Patutnya jips yg kluarkan senarai nie dh terbalik org lain plk kena bg senarai, napa jips xpandai buat kerja ka....atau bnyk kerja jips nie smp x terbuat....
 
MACAU SCAM | PDRM Mohon Bantuan Interpol Kesan Nicky Liow

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi membantu mengesan ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia selepas penjenayah dikehendaki itu mungkin menyusup keluar dari negara ini bagi melarikan diri.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Tiada kompromi bagi anggota JIM lindungi Geng Nicky
Gambar fail, Khairul Dzaimee. FOTO NSTP.
Gambar fail, Khairul Dzaimee. FOTO NSTP.
Kuala Lumpur: Belum ada anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dilaporkan terbabit dalam melindungi kegiatan jenayah terancang Geng Nicky.

"Jika ada tangkapan, saya akan dimaklumkan. Setakat ini tidak ada (makluman). Jika ada yang terlibat, kita tidak akan berkompromi," kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Menurutnya, jabatan itu juga sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melengkapkan siasatan sekiranya ada anggotanya dikaitkan kegiatan berkenaan.

Khairul Dzaimee ditemui selepas Op Bersepadu di sini, yang berakhir awal pagi hari ini.

PDRM sebelum ini mendedahkan terdapat 34 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi penguat kuasa yang dikesan melindungi kegiatan Geng Nicky yang didalangi ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Nick Liow dilapor melarikan diri bersama lapan beg dipenuhi wang tunai selepas didakwa menerima maklumat mengenai Operasi Pelican 3.0 oleh Polis Johor pada 20 Mac lalu.

Terdahulu menerusi 70 serbuan di sekitar Lembah Klang bermula 20 hingga 28 Mac lalu, polis memeriksa 118 individu dan menahan 68 orang selain, merampas wang tunai lebih RM770,000 dan 16 kenderaan mewah bernilai RM6.67 juta.
 
JENAYAH TERANCANG | PDRM Mohon Kerjasama Interpol Buru Nicky Liow

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon bantuan polis antarabangsa, interpol untuk mengesan dan menangkap ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Nicky, Sajat mungkin menyamar​

BUKIT KAYU HITAM – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara tidak menolak kemungkinan ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan usahawan kontroversi, Nur Sajat menyamar individu lain bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Mohd. Noh Khamis berkata, sehubungan itu, pihaknya mengedarkan gambar dua individu tersebut di sepanjang pos kawalan keselamatan di Kedah dan Perlis bagi memastikan mereka tidak bolos ke negara jiran.

“Kita turut memperketatkan kawalan di kawasan sempadan termasuk lorong tikus bagi mengelakkan Nicky dan Sajat lari ke Thailand.

“Pihak berkuasa turut mengumpul maklumat mengenai dua individu itu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

WhatsApp-Image-2021-03-21-at-1.32.49-PM-799x1024.jpeg
NICKY
WhatsApp-Image-2021-03-19-at-7.28.27-PM-1024x728.jpeg
SAJAT
Menurut Mohd. Noh, kawalan dan rondaan di lorong tikus di dua negeri di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand dipertingkatkan bagi memastikan tiada pergerakan keluar masuk secara haram oleh semua pihak termasuk dua individu tersebut.

Nicky yang mengetuai ‘Geng Nicky’ dipercayai terlibat dalam aktiviti jenayah terancang antarabangsa dan pengubahan wang haram.

Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman pula dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir prosiding sebutan semula kes berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Februari lalu.

Sementara itu, di Shah Alam, Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan Sajat menghilangkan diri itu tidak dapat mengelakkan dirinya daripada dibicarakan di mahkamah.

“Sebarang pelanggaran prosedur undang-undang di negara ini termasuk lari daripada perbicaraan akan tetap diambil (dikenakan) tindakan oleh pihak berkuasa.

“Kepada individu (Sajat) hadirlah ke mahkamah dan beri kerjasama kepada pihak berkuasa agama negeri untuk menyelesaikan kes bersabit dengannya,” katanya.

Ditanya berhubung pengumuman keluar Islam yang dipercayai dibuat Sajat sebelum ini, beliau menjelaskan usahawan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Kosmo! semalam melaporkan polis tidak menolak kemungkinan Sajat berada di luar negara selepas dikatakan menghilangkan diri sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan pada 23 Februari lalu.

Nicky pula diletakkan sebagai orang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa. -K! ONLINE
 
Sajat tu buh misai buh janggut buh jambang sapa pun xkenai hahaha....dato Nicky plk jadi mcm sajat hahaha
 
Ayah Pin dulu pun menyamar jugak kot
Jo Lho pun dipercayai menyamar
Marilah sama2 kita menyamar..
 
Back
Top
Log in Register