BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Seri Nicky belum ditangkap

Nicky Liow 'bela' 34 pegawai penguat kuasa

KUALA LUMPUR: Kebocoran maklumat mengenai Operasi Pelican 3.0 yang dilaksanakan oleh Polis Kontinjen Johor, mengenai serbuan yang bakal dilaksanakan di kawasan Setia Walk, Puchong, menyebabkan suspek utama yang diburu Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, melarikan diri.

Nicky, 33, dipercayai mengetahui maklumat mengenai operasi yang bakal dibuat pada 20 Mac lalu itu daripada pegawai dan anggota polis dan agensi penguat kuasa lain yang berada di bawah kawalannya. Turut berada dalam kawalan lelaki itu adalah Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata susulan dari kebocoran maklumat itu, Nicky sempat membawa bersama-samanya lapan beg besar mengandungi wang tunai dianggarkan jutaan ringgit.

"Saya kesal dan kecewa dengan tindakan duri dalam daging yang ada dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membocorkan maklumat sehingga membolehkan dia mengetahui serbuan yang bakal dilakukan.

"Pada masa ini kita mengesyaki terdapat 34 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi penguat kuasa yang melindungi kegiatan Nicky ini, kami ada butiran maklumat mengenai mereka," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

TAN_SRI_ABDUL_HAMID_BADOR_niki_liau_1617102750.jpg

== bharian
 
Mcm nie la datuk, jgn ckp kes nie ja, cuba check setiap ipd ngn ipk satu malaysia nie, brp ramai yg di bela ngn dragon2....gajah depan mata buat xnmpk tp kuman nmpk....benda nie dh berzaman....check balik la datuk apa punca semua tu......pegawai yg baik kebanyakan kena peti ais xpun kena setup..,..tolong la bg golongan m percaya blk kt sistem undang2 kt selama ini klau datuk benar2 serious
 
68 'geng' Datuk Seri Nicky Liow ditangkap - KPN

68 'geng' Datuk Seri Nicky Liow ditangkap - KPN

KUALA LUMPUR: Polis menangkap 68 orang yang dipercayai merupakan ahli Geng Nicky yang dikaitkan dengan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, semua individu tersebut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah penggubahan wang haram.

Menurutnya, dalam serbuan tersebut, anggota polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 17 bersama satu kelopak peluru berisi sembilan butir peluru.

“Pihak polis juga telah membekukan 41 akaun bank bernilai RM4,053,809.49 dan 35 unit kenderaan bernilai RM8,863,759.00 melibatkan 21 individu dan 16 entiti.

“Ia termasuk Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dibawah seksyen 44 (1) AMLATFPUAA 2001.

“Tindakan lanjut menjejak dan membekukan aset-aset berupa tanah, rumah dan bangunan sedang dijalankan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Selasa.

Tambah beliau, turut dirampas adalah wang tunai dari pelbagai negara berjumlah lebih RM700,000 dan 16 buah kereta mewah dianggarkan bernilai RM6.67 juta.

“Nicky Liow mempunyai sejumlah 12 kesalahan lampau bersabit dadah dan jenayah kekerasan termasuk kes memukul anggota Rela pada 27 Oktober 2017.

“Hasil yang diperolehi daripada soal siasat awal, pihak polis telah mengenal pasti penglibatan pegawai dan anggota agensi penguatkuasa dan beberapa VVIP kenamaan yang bersekongkol bersama Geng Nicky.

“Pihak Task Force IPK Johor akan membuat tangkapan susulan dalam waktu terdekat ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya berkaitan Nicky Liow, Abdul Hamid menegaskan lelaki tersebut masih belum diberkas dan kini sedang bersembunyi.

"Saya percaya dia masih ada di dalam negara sebab rangkaiannya telah lumpuh dan adiknya pun kita dah tangkap.
"InsyaAllah kita akan dapat tangkap sedikit masa lagi," katanya.

Senarai barangan rampasan:

MATAWANG

1. RINGGIT (RM) : RM 557,009
2. CHINA : 269,070 YUAN (RM 170,488.90)
3. THAILAND : 19,920 BAHT (RM 2651.88)
4. SINGAPURA : 490 SGD (RM 1507.70)
5. USD : 9,100 USD (RM 37,733)
6. HONG KONG : 5,950 HKD (RM 3175)
7. INDIA : 4,100 RUPEE (RM 234.80)
8. INDONESIA : 60,000 RUPIAH (RM 17.27)
9. FILIPINA : 500 PESO (RM 42.63)
10. ENGLAND : 50 POUND (RM 285.60)
JUMLAH : RM 773,145.78 (ANGGARAN)

KENDERAAN
1. ROLLS ROYCE : 1 BUAH (RM 1.7 JUTA)
2. BENTLEY : 1 BUAH (RM 1 JUTA)
3. ALPHARD : 5 BUAH (RM 2 JUTA)
4. VELFIRE : 2 BUAH (RM 700 RIBU)
5. BMW : 1 BUAH (RM 70 RIBU)
6. MERCEDES : 3 BUAH (RM 600 RIBU)
7. PORSCHE : 1 BUAH ( RM 1 JUTA)
8. VOLKSWAGEN : 2 BUAH (RM 300 RIBU)

JUMLAH ANGGARAN NILAI(RM) : RM 6.67 JUTA

== astro awani
 
68 'geng' Datuk Seri Nicky Liow ditangkap - KPN

68 'geng' Datuk Seri Nicky Liow ditangkap - KPN'geng' Datuk Seri Nicky Liow ditangkap - KPN

Agak2 brp lama geng nie dh bertapak?
 
PDRM | Kawalan Ketat Di Sempadan Negara, Elak Nicky Liow Bolos

Pihak berkuasa terutamanya di sempadan negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee melarikan diri ke luar negara.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Silap-silap yang jaga kaunter imegresen tu pun habis dah kena kawtim dengan datuk ni.
Duit ada penuh 8 beg apedehal.
 
JIPS tunggu senarai nama pegawai, anggota polis sekongkol Geng Nicky

rsz_jpppeng1_1617269423.jpg

Kuala Lumpur: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang mendapatkan senarai nama pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang, Geng Nicky yang didalangi Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya merasa kesal kerana perbuatan sedemikian masih berlaku walaupun banyak peringatan dan amaran dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

"Bagi membantu siasatan JIPS dalam perkara ini, saya sudah menghubungi Ketua Polis Johor (Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay) bagi mendapatkan senarai nama mereka yang terbabit dan akan diserahkan dalam masa terdekat.

"Selain itu, JIPS juga akan meminta pihak Polis Johor berkongsi maklumat yang ada pada mereka kepada kami berhubung pembabitan pegawai dan anggota berkenaan dengan Geng Nicky," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zamri berkata, semua maklumat itu amat penting bagi membantu siasatan JIPS berhubung perkara itu.

"Fokus siasatan JIPS akan menjurus kepada mengenal pasti tindakan terhadap pegawai dan anggota terbabit yang menyalahi tata kelakuan dan displin mereka sebagai pegawai dan anggota polis dengan pembabitan mereka dalam sindiket terbabit.

"JIPS juga akan menyiasat sebarang salah guna kuasa oleh mereka yang terbabit dengan melindungi dan tidak mengambil tindakan ke atas Geng Nicky kerana menerima habuan tertentu," katanya.

Katanya, tindakan keras termasuk hukuman buang kerja akan diambil ke atas pegawai dan anggota yang disahkan bersekongkol dengan Geng Nicky.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Abdul Hamid mendedahkan terdapat pegawai dan anggotanya yang membocorkan maklumat dalam usaha polis memburu Nicky.

Abdul Hamid dipetik berkata, siasatan dilakukan mendapati berlaku kebocoran maklumat apabila Nicky, 33, berjaya memindahkan sejumlah besar wang yang dibawa keluar dari premis di SetiaWalk, Puchong, Selangor pada 20 April lalu.

Menurutnya, terdapat 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan.

Back
Top
Log in Register