BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Mizan Berada Dalam Keadaan Sihat - Datuk Pengelola Seri Bijaya Diraja

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Sultan Mizan Berada Dalam Keadaan Sihat - Datuk Pengelola Seri Bijaya Diraja​

26bc1a4577fa9c687d30d4ce9e6b30eb65eef2b854a5e

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin kini berada dalam keadaan sihat dan akan meneruskan rawatan susulan seperti yang dijadualkan oleh pasukan perubatan baginda di luar negara.

Datuk Pengelola Seri Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar dalam kenyataan yang dikongsikan Jabatan Penerangan Malaysia hari ini memaklumkan Sultan Mizan turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda.

“Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan serta dipermudahkan segala urusan baginda,” menurut kenyataan itu.

 
413612-413612.jpg


Sultan Mizan zahir ucapan terima kasih, akan teruskan rawatan susulan di luar negara

Kuala Terengganu: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat kerana mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda.

Pejabat istana Terengganu dalam kenyataan yang dikongsi melalui Jabatan Penerangan memaklumkan Sultan Mizan berada dalam keadaan sihat.

Bagaimanapun, katanya, Sultan Mizan akan meneruskan rawatan susulan seperti dijadualkan pasukan perubatan di luar negara.

"Menjunjung titah Sultan Mizan dan Yang Di Pertuan bagi negeri Terengganu, alhamdulillah dengan izin dan rahmat Allah serta dengan berkat doa seluruh rakyat, Tuanku Sultan kini berada dalam keadaan sihat walafiat.

"Sultan Mizan berada dalam keadaan yang baik dan akan meneruskan rawatan susulan seperti dijadualkan pasukan perubatan baginda di luar negara," katanya melalui.

Pejabat istana Terengganu juga menyatakan Sultan Mizan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda.

"Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada Sultan Mizan serta dipermudahkan segala urusan baginda," katanya.

Kredit ➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register