BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Seri Nicky belum ditangkap

"Tiada guna melarikan diri dan bersembunyi dan Ramadan pun tidak lama lagi jadi baliklah. Susah di sana, ada ke bazar Ramadan? katanya.

Disiarkan pada: April 9, 2021 @ 4:38pm

pakai umpan bazar ramadan..
power betul KPN pancing emosi..
gundah gulana jugak puasa kalau tak jumpa bazar ramadan..:ROFLMAO::ROFLMAO:
 
JENAYAH TERANCANG | 14 Individu Terbabit 'Geng Nicky' Didakwa

14 individu termasuk empat warga China, didakwa di mahkamah atas pertuduhan terbabit kumpulan jenayah terancang 'Geng Nicky' disyaki diketuai ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Tertuduh masing-masing hanya menjawab faham dan tiada pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa mandarin oleh jurubahasa.

ā€˜SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Waran berkenaan merupakan satu-satunya cara yang membolehkan kedua-dua tertuduh hadir ke mahkamah selepas polis gagal mengesan mereka walaupun selepas notis dan hebahan awam dikeluarkan kepada orang ramai pada 21 Mac lalu.
https://www.utusan.com.my/.../polis-dapat-waran-tangkap.../

Polis dapat waran tangkap terhadap Datuk Seri Nicky Liow, isteri​

poster-MAHKAMAH-new-8.jpg


  • 10 April 2021, 11:01 am


PETALING JAYA: Polis hari ini memperoleh perintah Mahkamah Sesyen di sini untuk melaksanakan waran tangkap terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan isterinya, Niu Zhe untuk menghadapi pertuduhan terlibat dengan kumpulan jenayah terancang `Geng Nicky’.

Perintah terhadap pasangan suami isteri itu dikeluarkan oleh Hakim Jamaludin Mat selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar.

Kamal Baharin memaklumkan, waran berkenaan merupakan satu-satunya cara yang membolehkan kedua-dua tertuduh hadir ke mahkamah selepas polis gagal mengesan mereka walaupun selepas notis dan hebahan awam dikeluarkan kepada orang ramai pada 21 Mac lalu.

Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh peguam Salim Bashir yang mewakili salah seorang tertuduh atas alasan pihak polis perlu mengesan kedua-duanya terlebih dahulu berdasarkan peruntukan undang-undang sebelum memohon waran tangkap.

Pada prosiding itu, pasukan pendakwaan turut memohon agar tertuduh-tertuduh dilarang jamin kerana tuduhan dikenakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 130W Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mana melibatkan kesalahan keselamatan.

Oleh itu, Kamal Baharin berhujah, Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), terpakai.
Namun demikian, peguam Rajpal Singh berhujah agar tertuduh-tertuduh dibebaskan dengan jaminan kerana Seksyen 13 hanya terpakai kecuali jika tertuduh berumur 18 tahun, golongan wanita atau mereka yang uzur.

Hujah peguam bela, tiga tertuduh yang merupakan warganegara China merupakan suri rumah dan mempunyai anak yang masih kecil berumur di antara empat bulan dan empat tahun.

Hujah Rajpal, salah seorang tertuduh pula menghidap gangguan bipolar dan pernah menjalani rawatan mental beberapa kali dan jika tidak dirawat dikhuatiri penyakitnya menjadi lebih teruk.

Peguam itu turut menyatakan, beberapa tertuduh membuat aduan bahawa mereka tidak diberi ubat yang sewajarnya ketika dalam tahanan manakala terdapat aduan daripada tertuduh lain bahawa mereka dipukul.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menghujahkan, walaupun pembelaan mengemukakan laporan perubatan kepada mahkamah bagi menyokong permohonan jamin, tindakan itu tidak memadai kerana pihak penjara masih boleh menyediakan rawatan.

Pendakwaan berhujah, Mahkamah Sesyen hanya berperanan sebagai transmisi dan tiada bidang kuasa memberikan jaminan, sebaliknya perlu dimohon di Mahkamah Tinggi.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan turut memohon tempoh tiga bulan bagi mendapatkan arahan lanjut dan izin untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Namun begitu, Rajpal berhujah, tempoh tiga bulan adalah tidak munasabah kerana peruntukan undang-undang menyatakan izin bertulis tidak perlu dikemukakan di mahkamah asalkan pegawai Jabatan Peguam Negara (AGC) hadir membuat permohonan pemindahan kes secara lisan.

Hujah peguam bela, tempoh tiga bulan akan memprejudiskan tertuduh-tertuduh kerana mereka akan ditahan di penjara tanpa alasan yang munasabah.

Pada akhir prosiding, Jamaludin memberikan tempoh dua minggu bagi pihak pendakwaan mengemukakan izin memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi. – UTUSAN ONLINE

 

Masih tunggu senarai polis lindungi 'Geng Nicky'


Datuk_Seri_Nicky_1618293081.jpg


KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman masih menunggu senarai nama pegawai dan anggota polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang 'Geng Nicky' diketuai ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Pengarahnya, Datuk Zamri Yahya, berkata pihaknya memerlukan senarai itu daripada polis Johor sebelum mengambil tindakan susulan termasuk merakam keterangan dan mengambil tindakan jika didapati menyalahi tata kelakuan serta disiplin.

"Setakat ini, tiada tindakan oleh JIPS kerana kami masih tidak tahu siapa anggota dan pegawai terbabit dengan kumpulan itu.

"Saya masih menunggu senarai nama individu itu, selain makluman siasatan dari polis Johor berhubung pembabitan mereka dengan Geng Nicky.

"Kalau daripada sudut jenayah kumpulan itu, polis Johor sedang giat menjalankan siasatan," katanya pada BH, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kebocoran maklumat mengenai Operasi Pelican 3.0 yang dilaksanakan oleh Polis Kontinjen Johor, mengenai serbuan di kawasan Setia Walk, Puchong, menyebabkan suspek utama Nicky Liow, melarikan diri.

Nicky Liow, 33, dipercayai mendapat maklumat mengenai operasi yang bakal dibuat pada 20 Mac lalu itu daripada pegawai dan anggota polis serta agensi penguat kuasa lain yang berada dalam kawalannya, termasuk seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya.

Polis mengesyaki sekurang-kurangnya 34 pegawai dan anggota pelbagai agensi penguat kuasa melindungi kegiatan Geng Nicky.


== berita harian
 

Pegawai polis, tiga anggota ditahan terlibat aktiviti pemerasan

Pegawai polis, tiga anggota ditahan terlibat aktiviti pemerasan


KUALA LUMPUR: Ada pegawai penguatkuasa yang bersekongkol dengan sindiket jenayah terancang.

Mereka juga dipercayai membocorkan maklumat yang membolehkan dalang utama terlepas dari operasi menahan mereka.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan seorang pegawai polis dan tiga anggota ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerasan.

Pada sidang media hari ini, beliau turut akan memperincikan mengenai tangkap pegawai dan anggota yang terlibat dalam pemerasan dan tindakan terhadap mereka.

Terdahulu 34 pegawai dan anggota pelbagai agensi penguatkuasa didapati bersekongkol dengan sindiket jenayah terancang dan membocorkan maklumat operasi sehingga dalang utama sindiket terlepas.


== astro awani
 
GENG NICKY | Siasat Polis Terlibat

Senarai nama pegawai dan anggota polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang 'Geng Nicky', tidak akan didedahkan kepada umum.

ā€˜SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Back
Top
Log in Register