kopirait
CG Top Poster Club

- Messages
- 49,533
- Joined
- Apr 18, 2010
- Messages
- 49,533
- Reaction score
- 5,456
- Points
- 486
Teluk Intan: Di kala usianya menjangkau 73 tahun, A Arokiasamy ternyata masih sasa dan bertenaga tidak ubah seperti orang muda.
Walaupun sudah mencecah usia emas, tubuh datuk kepada lima cucu dilihat masih pejal tanpa menunjukkan kesan penuaan yang ketara.
Arokiasamy yang menetap di Eastern Garden, Jalan Sungai Nibong, di sini, berkata dia bersyukur masih diberikan kesihatan baik untuk meneruskan hobi mengangkat beban yang diamalkan sejak lebih 50 tahun lalu.
Bekas ahli bina badan yang pernah mewakili negara dan memenangi emas di Sukan SEA pada 1981 itu turut membuka gimnasium di tepi rumah untuk meneruskan aktiviti diminati.
"Saya mula aktif sebagai ahli bina badan sejak berusia 18 tahun dan pernah menyertai lima edisi Mr Universe selain beberapa pertandingan lain sebelum bersara pada 1983.
"Tetapi saya masih terus menjaga badan dan mengangkat beban. Ini sudah menjadi hobi untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
"Saya akan bersenam lebih sejam di gimnasium setiap hari dan akan terus melakukannya sehingga penghujung usia," katanya.
Bapa kepada tujuh anak itu berkata, dia amat menjaga pemakanan dan tidak merokok untuk kekal sihat, bertenaga serta cergas.
"Saya bersyukur di usia ini tidak mempunyai penyakit kronik, cuma penat saja. Saya gembira masih dapat melakukan aktiviti digemari ini.
"Ada orang tak percaya saya sudah berusia kerana bentuk badan begini, malah ada juga takut dengan saya ketika pertama kali berjumpa tetapi selepas itu terus berkawan baik," katanya.
Katanya, dia kini bekerja sebagai pengawal keselamatan dan jurulatih bina badan dengan masanya banyak dihabiskan di gimnasium yang turut dibuka kepada orang ramai.
Uniknya peralatan gimnasium Arokiasamy masih menggunakan jenis lama, tetapi masih berfungsi dengan baik.
Datuk lima cucu mahu 'sado' hingga hujung usia [METROTV] | Harian Metro
Teluk Intan: Di kala usianya menjangkau 73 tahun, A Arokiasamy ternyata masih sasa dan bertenaga tidak ubah seperti orang muda.