BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Datuk lima cucu mahu 'sado' hingga hujung usia

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,530
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,530
Reaction score
5,456
Points
486
rsz_0330rssado_1617084667.jpg

Teluk Intan: Di kala usianya menjangkau 73 tahun, A Arokiasamy ternyata masih sasa dan bertenaga tidak ubah seperti orang muda.

Walaupun sudah mencecah usia emas, tubuh datuk kepada lima cucu dilihat masih pejal tanpa menunjukkan kesan penuaan yang ketara.

Arokiasamy yang menetap di Eastern Garden, Jalan Sungai Nibong, di sini, berkata dia bersyukur masih diberikan kesihatan baik untuk meneruskan hobi mengangkat beban yang diamalkan sejak lebih 50 tahun lalu.

Bekas ahli bina badan yang pernah mewakili negara dan memenangi emas di Sukan SEA pada 1981 itu turut membuka gimnasium di tepi rumah untuk meneruskan aktiviti diminati.

"Saya mula aktif sebagai ahli bina badan sejak berusia 18 tahun dan pernah menyertai lima edisi Mr Universe selain beberapa pertandingan lain sebelum bersara pada 1983.

"Tetapi saya masih terus menjaga badan dan mengangkat beban. Ini sudah menjadi hobi untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

"Saya akan bersenam lebih sejam di gimnasium setiap hari dan akan terus melakukannya sehingga penghujung usia," katanya.

Bapa kepada tujuh anak itu berkata, dia amat menjaga pemakanan dan tidak merokok untuk kekal sihat, bertenaga serta cergas.

"Saya bersyukur di usia ini tidak mempunyai penyakit kronik, cuma penat saja. Saya gembira masih dapat melakukan aktiviti digemari ini.

"Ada orang tak percaya saya sudah berusia kerana bentuk badan begini, malah ada juga takut dengan saya ketika pertama kali berjumpa tetapi selepas itu terus berkawan baik," katanya.

Katanya, dia kini bekerja sebagai pengawal keselamatan dan jurulatih bina badan dengan masanya banyak dihabiskan di gimnasium yang turut dibuka kepada orang ramai.

Uniknya peralatan gimnasium Arokiasamy masih menggunakan jenis lama, tetapi masih berfungsi dengan baik.

SIHAT| Bekas Juara Bina Badan Tetap "Sado" Pada Usia 72 Tahun

Bekas jaguh bina badan negara A. Arokiasamy masih kekal " sado" meskipun berumur 72 tahun.

Beliau masih mengekalkan rutin hariannya di gim dan percaya aktiviti sehat itu mampu menjadi pertahanan terbaik untuk melawan jangkitan COVID 19.

====================

Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3

IKUTI kami di;
Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/
Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3
Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/
Website: https://www.buletintv3.my

#BuletinTV3

Back
Top
Log in Register