BTC USD 83,897.4 Gold USD 4,151.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Darurat di Pantai Timur

sebelum darurat, MKN hanya sebagai penasihat, semasa darurat, MKN berkuasa penuh, malahan boleh mengambilalih kuasa pentadbiran kerajaan negeri, bahasa mudahnya MAGERAN akan diwujudkan, selepas darurat, MKN seperti sebelum darurat.

Oh mcm tuh..tq bro..:)cgrock

Aku tertanya tanya kelebihan isytihar darurat kepada mangsa banjir..
 
bahagian yang ditanggung oleh kerajaan pusat jika berlaku darurat hanya melibatkan perkhidmatan yang menjadi kepentingan awam, seperti sekolah, hospital, jalan raya, pemulihan bekalan elektrik dan air. kereta, rumah persendirian, rumah kedai yang bukan pajakan oleh kerajaan pusat mahu pun negeri, tidak akan ditanggung.
 
Bila istihar darurat, kalau ikut info yg ada dlm google, pihak insuranla yg tepuk tgn. Bole sapa sahkan. Duk cari2 xbyk info..

itulah yang berlaku, pihak insurans akan cuci tangan.
 
itulah yang sebenarnya.

Tu la pasal... kalau proses bantuan ni di amik alih MKN,memang pening tanpa ada kerjaan negeri, pejabat daerah, penghulu, jkkk.. mana la nak kenal kawasan, mangsa2 semua untuk operasi menyelamat ngan bantuan...

sebab tu arahan MKN ni arahan eksekutif... pasal MKN xkan kenal sesapa... semua kena ikut arahan dia.. munkin mangsa akan jadi lagi stress...
 
Tu la pasal... kalau proses bantuan ni di amik alih MKN,memang pening tanpa ada kerjaan negeri, pejabat daerah, penghulu, jkkk.. mana la nak kenal kawasan, mangsa2 semua untuk operasi menyelamat ngan bantuan...

sebab tu arahan MKN ni arahan eksekutif... pasal MKN xkan kenal sesapa... semua kena ikut arahan dia.. munkin mangsa akan jadi lagi stress...

orang mahu ikut seperti banjir di selatan thai dan bandung.
 
isu darurat ni timbul bila org tgk operasi nya slow. so, masing2 pikir, mungin dengan darurat akan jadi lebih cekap operasi sekarang ni. sbb org ramai tak nampak apa choicenya.
 
Aku tgk trend nya skrg, Kerajaan Negeri Kelantan pn mcm tak nak negeri diisytihar darurat.
 
Aku rasa apabila orang ramai mahukan darurat kerana hanya itu sahaja pilihan mereka utk mendapatkan kemudahan menghantar bantuan.. sbbnya dalam keadaan sekarang bantuan amat-amatlah sukar.. dan aku yakin mereka TIDAK KISAH/ TIDAK PEDULI pasal insurans selepas banjir... bagi mereka nyawa sekarang lebih bernilai.

Kita yang kat sini, boleh berinternet, ber-CG, memanglah sedap2 je memikirkan kesan insurans.. sbb tak bertarung nyawa, tak bertarung kelaparan.. etc

Apa yg disebut di sini betul, darurat tidak perlu jika aset bantuan memang banyak, tetapi hakikat adalah pahit utk ditelan.. cuma sejak semalam ada sedikit peningkatan dari segi pengurusan (kalau ikut gambar2 di FB ttg pusat pengmpulan di KB). Tapi kena ingat ada beribu-ribu lagi sedang bersembunyi di bukit2, dalam keadaan lapar, penat.

Keluarga mangsa yg berada berjauhan sebenarnya stress, permintaan "darurat" tu sebenarnnya mereka inginkan seboleh-bolehnya sesuatu dilakukan.. dah berhari-hari tiada berita.. jadi mereka betul2 inginkan AKTIVITI SKALA BESAR dilakukan segera, dan pilihan yg ada hanyalah darurat.
 
aku sokong darurat.

pengalaman masa banjir dulu pengagihan bantuan mangsa banjir ikut kepala otak ketua kampung dan geng jkkkkk. sapa tak pindah tak dapat bantuan. tak boleh ambik bantuan banjir yg bertimbun dipusat pemindahan banjir. malah nama tak masuk dalam senarai mangsa banjr yg layak dapat bantuan $$$.
 
Kalau la ditakdirkan berperang camana la gamaknya pengurusan bencana nanti...
 
Back
Top
Log in Register