BTC USD 83,144.0 Gold USD 4,117.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Darurat di Pantai Timur

Mengenai pengisytiharan darurat, ia tidak diisytiharkan kerana terdapat pelbagai implikasi yang memudaratkan kepada penduduk terlibat banjir, terutamanya kerana pihak insuran tidak akan membayar ganti rugi sekiranya darurat diisytiharkan. Walaupun begitu, Kerajaan Persekutuan telah pun mengambil tindakan seperti berada dalam darurat dan mengerah semua aset untuk membantu keadaan banjir.
Dipetik dari laman facebook Datuk Sri Najib Razak
 
KENAPE PM TAK ISYTIHAR DARURAT???

Tajuk di atas tidak profesional dan tulisan ini juga pendek sahaja kerana selain sibuk membantu mangsa banjir penulis juga sudah letih menjawab soalan ***** kaki gosip dan kaki kritik di media sosial.

Yang dok hentam kerajaan bab tak isytihar darurat ini ialah mereka yang tidak tahu pun apa benda darurat tu.

Mereka hanya tahu kalau isytihar darurat, askar boleh masuk berbondong-bondong tolong orang yang terbabit banjir. Seolah-olah jika tentera dikerahkan lebih besar, semua orang dapat diselamatkan walau cuaca seteruk mana sekali pun.

Mana-mana kerajaan demokrasi tidak akan isytihar darurat sebuah negeri kecuali keadaan amat memerlukan dan satu pentadbiran semi tentera boleh menyelesaikan masalah yang meruncing tersebut.

Dalam hal ini mereka yang berada dalam pentadbiran negara, Majlis Keselamatan Negera, Polis Di Raja Malaysia dan Angakatan Tentera Malaysia lebih arif dan tahu keperluan tersebut.

Jika Darurat tidak diisytiharkan bermakna mereka tahu operasi bencana alam sekitar ini tidak akan menjadi lebih baik jika disiytiharkan darurat pun.

ASKAR BUKAN PASUKAN PENYELAMAT

Sungguhpun kita mahu menyelamatkan semua orang dalam banjir ini, ATM tidak boleh mengerahkan sebahagian besar kekuatannya ke negeri-negeri terbabit kerana tugas mereka menjaga keselamatan negara.

Kita juga kena faham sebahagian besar Askar dilatih membunuh orang dan mempertahankan negara. Hanya sebahagian kecil mereka dilatih sebagai pasukan penyelamat taktikal.

Maknanya jika dikerahkan seluruh angkatan tentera pun mereka belum tentu mampu melakukan tugas menyelamat yang lebih baik seperti pasukan bomba, jabatan pertahanan awam dan Polis Di Raja Malaysia.

INSURANS

Apabila isytihar darurat, Insurans tidak lagi akan membiayai apa-apa tuntutan pemegangnya biarpun mereka memiliki insurans untuk bencana alam.

Jika mengisytihar darurat boleh menyelesaikan masalah banjir kerajaan akan isytiharkan. Malangnya ia tidak mengubah apa-apa, jadi mengapa kerajaan perlu isytihar darurat hanya akan menimbulkan masalah lain dan tidak menyelesaikan masalah sedia ada.

KERAJAAN PAS

Apabila isytihar sesebuah negeri darurat, kerajaan sedia ada tidak lagi boleh berfungsi seperti sedia ada. Apakah penyokong Pas tidak akan menuduh BN cuba merampas pemerintahan negeri?

Selama ini mana-mana keperluan menyelamat menggunakan anggota tentera telah digunakan tanpa perlu isytihar darurat. Jika kita tidak faham pentadbiran dan operasi menyelamat elok berdoa dan mengucapkan kata-kata positif untuk pejuang penyelamat di tempat kejadian.

Tok dapat dari wassap
 
darurat tersepit di insuran...
insuran tersepit menunggu pengistiharaan...

individu majority memang takder insuran.. tapi masih boleh dibantu oleh pihak2 tertentu...
tapi jika ia sebuah sykt majority menginsurankan syktnya... cth spt bank, stesen minyak, kedai2, pasaraya2 bla bla bla... siapa nk bantu..??

pelajaran baru utk hari ini...
 
1)ambe adalah mangsa banjir, 3 tahun berturut-turut
2)rumah ambe diinsuranskan, dah 2 kali 'dapat' duit insurance.
3)ambe tak ambik insurance kereta utk banjir,walaupun telah ditawarkan.

setelah membaca post kat thread ni,ambe rasa tak perlu istihar darurat.
 
kalau kereta, takder insurance cover bencana alam..

10609464_752946354798429_7206074203424942137_n.jpg


kalau rumah, bangunan, darurat pun boleh cover akibat bencana alam...

10625069_870245226329177_6939087702205603235_n.jpg
 
Aku ingat darurat ni melibatkan perang2 aje hehehehe rupenye banjir pun ade darurat.
 
Apa yg aku nmpk istihar darurat ni, kesan (insuran) ialah kpd yg amik rider bencana spt bnjir ni. Tp kita lupa majoriti yg terkesan ialah org yg x amik pun insuran ni. Ramai yg buat rumah cash terutama d k. Krai, guamusang dan kwsn pedalaman. Ada duit sikit, buat sikit. Yg rumah runtuh n hnyut air pun rumah kg, bukan rumah tmn, kilang, premis niaga. Yg amik insuran ni kebanyakkannya barang yg rosak bukan fizikal premis tu. Klau amik insuran pun, brg dlm rumah yg rosak bukan cover pun. Jadi, siapa yg nk dibela sbenarnya...
 
Apa yg aku nmpk istihar darurat ni, kesan (insuran) ialah kpd yg amik rider bencana spt bnjir ni. Tp kita lupa majoriti yg terkesan ialah org yg x amik pun insuran ni. Ramai yg buat rumah cash terutama d k. Krai, guamusang dan kwsn pedalaman. Ada duit sikit, buat sikit. Yg rumah runtuh n hnyut air pun rumah kg, bukan rumah tmn, kilang, premis niaga. Yg amik insuran ni kebanyakkannya barang yg rosak bukan fizikal premis tu. Klau amik insuran pun, brg dlm rumah yg rosak bukan cover pun. Jadi, siapa yg nk dibela sbenarnya...

yang nk dibela adalah golongan pemodal macam stesen minyak. pasar raya besar, bank2 dan syarikat koperat..kira lepas ni mereka boleh bernafas kembali lepas claim insuran. bila isytihar kerajaan negeri mmg jadi tiada dan semua tentera ambil alih..tunggu betul2 selamat baru kuasa tentera diberi balik.. tambahan pula mmg mereka pandang rendah tentera sebab tentera tak ada kemampuan dalam operasi SAR ni.. kerajaan bukan pro rakyat tapi pro pemodal.. biasala kapitalis...

"pemodal diutamakan rakyat dikemudiankan"
 
Back
Top
Log in Register