BTC USD 81,900.6 Gold USD 4,170.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dari mana asal usulnya hari..

jgn susahkan otak utk berfikir.

setiap ape yg bermula pasti ada kesudahan.

yg pasti hari adalah 1 ketetapan.

xperlu nk fikirkan bila bermula hari isnin atau ahad. buang masa jer.

kita umat nabi adam yg menamakan hari2 tersebut. krn nabi adam dan keturunan nye diajarkan setiap nama2 dlm dunia termasuk lah perkiraan hari

hari adalah 1 jangka waktu.
masa adalah 1 jangka waktu.
menjangkakan sesuatu waktu utk dipermudahkan urusan hidup dlm dunia ini.

di planet atau alanm lain, lain pula cara kiranya.

masa dan waktu di ciptakan

siapa suruh susahkan otak berfikir.. itukan semua terpulang pada individu masing2 yg mahu memikirkan kejadian siang dan malam sambil mengingati Allah baik sama ada sedang duduk berbaring etc... :D
 
siapa suruh susahkan otak berfikir.. itukan semua terpulang pada individu masing2 yg mahu memikirkan kejadian siang dan malam sambil mengingati Allah baik sama ada sedang duduk berbaring etc... :D

ya betul tu.
 
Al-Ahad=satu/pertama

Al-ithnain=dua/kedua

Ath-thulatha'=tiga/ketiga

Al-Arbi'a'=empat/keempat

Al-khamis=lima/kelima

Al-juma'ah=jumaat-nama ni mmg dah digunapakai sbg hari penghulu segala hari jd x tau asal usul tepat

As-sabt=sabtu-rasanya dalam quran ada cerita pasal satu kaum yang ingkar arahan Allah (Allah nak uji depa) supaya x p tangkap ikan pada hari sabtu jd ditukar jd kera



http://www.slideshare.net/alfaizhamid/rahsia-kelebihan-hari-dalam-islam

aku nak share sikit...
Rahsia dan Kelebihan Hari Dalam Islam..
 
tiap2 7 hari sekali kita diarahkan pegi solat jumaat...

arahan tu pun dtg dari akal manusia? :-?

ALLAH S.W.T le yang mengajarkan kpd manusia melalui akal....

seperti penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam ..bila ALLAH menyoal Nabi Adam , Nabi Adam dpt menjawab

tetapi bila ALLAH menyoal para malaikat , para malaikat tidak dapat menjawb soalan ALLAH kerana malaikat tidak dikurniakan akal....
 
nnti insyallah kalau saya punyai masa lapang dan ada notebook saya try susun ayat bg mudah faham.. :)
 
salam,

semua org tahu asal usul kalendar islam, matahari, jawa dan cina.. masing2 punya perkiraannya tersendiri..

yg menjadi uniknya semua bangsa bahkan sedunia tak kira bangsa atau agama menguna pakai sistem 7 hari.. takde pula yg guna 8,9, 5 etc.. dan menjadi lagi uniknya satu dunia membenarkan hari ini adalah hari selasa, esok rabu dan seterusnya dan berulang2 dari mula nya sistem 7 hari smpailah kiamat (bg yg percaya) dan mungkin smpai bila2 bagi yg tidak percaya adanya kiamat..

persoalan:

1) dari mana asal usulnya hari.
2) siapakah guna pakai dan mengajarkan hari2 tersebut sehingga boleh terpakai smpai hari ini.
3) dari mana dtgnya ahad (sunday), isnin (monday), selasa (tuesday), rabu (wednesday), khamis (thursday), jumaat (friday), sabtu(saturday).

mari fikir2kan and good luck.. :)

Pabila dunia bersedia untuk 'samataraf'..

Bermaksud, umpamanya begini.
Kitab-kitab agama semitik dan aryan walaupun umat atau penganutnya dari pelbagai bangsa..menerima dan menggunakan istilah-istilah yang terkandung, maka disitu la bermulanya semua ni.

Soalan tu akan jadi berangkai.
Kalau kita bertanya pasal nama hari..kemudian haribulan..kemudian bula..malah tahun.
Ianya diamana kita setuju untuk gunapakai.
Jika tahun Masihi 2013 bermaksud selepas 2013 tahun Nabi Isa dilahirkan dan 1433 Hijrah bermaksud 1433 tahun penghijrahan Rasullullah dari kota makkah ke Madinah..bangsa lain jugak ada 'sempenanya' sendiri.
*Thailand, kalendar dorang dah 2556.
Jadinya..jawapan kepada soalan ni..jawapannya pelbagai. :)
 
tak semua pakai sistem kitaran 7 hari...

dari 3 hari sampai 10 hari pun ada...

kalendar jawa asalnya cuma 5 hari seminggu.
 
Bismillahirrahmanirrahim.

Semuanya kemuungkinan bermula disini apa yg aku faham lah:

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
( سورة الأعراف , Al-Araf, Chapter #7, Verse #54)

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?
( سورة يونس , Yunus, Chapter #10, Verse #3)

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
( سورة الرعد , Ar-Rad, Chapter #13, Verse #2)

Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.
( سورة الفرقان , Al-Furqan, Chapter #25, Verse #59)

Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?
( سورة السجدة , As-Sajda, Chapter #32, Verse #4)

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
( سورة الحديد , Al-Hadid, Chapter #57, Verse #4)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.
( سورة ق , Qaf, Chapter #50, Verse #38)

Tujuh Kali disebut dlm Quran Allah menjadi bumi dan langit ini dlm “enam masa”.

Mengikut yang saya fahamlah ia bukan bermaksud menafsir atau menakwil tetapi mengira dari satu sehinggah enam.. bemula dari satu iaitu Ahad (satu), isnin (dua), selasa (tiga), rabu (empat), khamis (lima) dan Jumaat (pengumpulan/himpun [boleh rujuk kamus]) kemudiaan bersemayam diatas Arasynya.

Bilakah wujudnya nama hari2 ini...?

Ianya telah tertulis dlm quran tentang hari sabtu didilm quran :

Sesungguhnya hari sabtu itu dijadikan (Hari kelepasan yang wajib dihormati) atas orang-orang (Yahudi) yang telah berselisihan padanya; dan sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat, tentang apa yang mereka telah berselisihan padanya.
( سورة النحل , An-Nahl, Chapter #16, Verse #124)

Kisah hari sabtu ini telah wujud lama dan ianya dikisah tentang perintah Allah supaya beribadat pada hari tersebut bagi kaum bani israel.. kalau dirujuk pada kisah tersebut dlm quran ianya dikisah tentang umat nabi musa.. daripada perihal tersebut maka sahihlah nama hari2 ini telah wujud lama beribu tahun sebelum wujudnya sistem kalendar masehi dan hijrah.. nabi musa ini pula adalah nabi dan rasul yg ke 15 diantara 25 rasul dan dianggarkan hidup pada sekitar 1527-1408 B.C sebelum masehi. Maka ini menguatkan hujah saya yg sistem 7 hari telah diguna pakai oleh para nabi2 dan rasul yang mana mungkin Allah sendiri mengajarkan kpd nabi dan diajarkan kpd umatnya. Jika merujuk pada kitab yahudi lama sabtu itu bermaksud sabbat atau hari istirehat dari bekerja (sila rujuk wiki).

Jumaat, Jumaat adalah hari kebesaran umat islam dimana telah diperintah keatas umat islam utk berjemaah/berkumpul pada hari tersebut dan dijatuhkan pada waktu selepas masuk waktu zohor dan ianya juga digelar sebagai penghulu segala hari.

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
( سورة الجمعة , Al-Jumua, Chapter #62, Verse #9)

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
( سورة الجمعة , Al-Jumua, Chapter #62, Verse #10)

Apa kaitan dgn perintah Allah pada hari jumaat dgn kisah ini..? pada hari jumaatlah kita diarahkan berkumpul dan setelah selesai kita keluar dan melakukan urusan masing2..

Ok mari kita kumpul data2 yg sedia ada:

Hari pertama kejadian penciptaan langit dan bumi dgn 6 masa bermula dari Ahad sehingga Jumaat (bermaksud 6 masa dlm perkiraan), saya perkirakan hari jumaat ialah hari dimana telah siap semua dikumpulkan disatukan kemudian diletakkan semua makhluk pada tempatnya masing2 spt matahari bulan bintang awan etc dgn punyai tugasan masing kemudian “switch on” maka bergeraklah makhluk2 ini mengikut peredaraannya mengikut apa yg telah ditetap dan ditugaskan.. utk lebih mudah faham hari jumaat adalah hari berkumpul/penyatuan..

Sesuai dgn firmanya :

dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
( سورة الأنبياء , Al-Anbiya, Chapter #21, Verse #30)


maka dari situ bermulalah era perkitaran masa dan berkitar semula menjumpai semula hari yg pertama yakni hari ahad isnin selasa rabu dan seterusnya... subhanallah... Allah maha hebat lagi maha agung.. mudah tanpa sebarang bantuan Dialah tuhan yg menciptakan alam ini mengikut apa yg dikehendakiNya dan mengikut apa yg ditetapkan.. lihat shj bagaimana Allah meneritakan bagaimana Dia mencipta manusia dibuat dibentuk sehingga lengkap sifatnya dan apabila telah siap lengkap maka ditiupkan roh keatas adam yang mana telah pun ditetapkan tugas diperintahkan keatas Adam akan apa yg perlu dilakukan dan dijauhkan..

Sistem 7 hari ini tidak mustahil telah diajarkan kpd Nabi Adam dan diajarkan kpd anak cucu cicit dan jika ada kesilapan sudah pasti Allah akan perbetulkannya melalui utusan2nya.. sbb dgn hari2 tertentu adalah hari ibadat pada kaum tertentu cthnya kaum bani israel yg diperintahkan supaya beribadat pada hari sabtu dan umat nabi muhammad pada hari jumaat.. perkara ini tidak boleh ditipu sama sekali hatta jika diubah sekali pun kerana Allah telah bersumpah atas nama masa.. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu kerugian.

Sistem 7 hari ini juga mungkin merujuk pada kisah kejadian penciptaan langit dan bumi yg dimana diambil selama 6 masa dan ia hanyalah sekadar menurut apa yg saya faham cuma 6 masa itu apakah sama dgn sistem 24 jam waullohhualam..

Ok mari kita perhatikan Zikir mengikut hari apa yg diajarkan dari imam ghazali;

ZIKIR HARI AHAD (hari pertama permulaan penciptaan langit dan bumi) : YA HAYYU YA QAIYUUM
maksud : maksudnya Ya Tuhan Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri- tidak perlu kepada pertolongan

ZIKIR HARI ISNIN (hari kedua penciptaan) : LAA HAWLAWA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL Ad’ZIM
maksud : tiada daya & kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung

ZIKIR HARI SELASA (hari ketiga penciptaan) : berselawat atas Rasulullah saw.

ZIKIR HARI RABU (hari keempat penciptaan yg hampir siap): ASTAGHFIRULLAH HAL A’dZIM bermaksud aku mohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung

ZIKIR HARI KHAMIS (hari kelima hampir lengkap atau mungkin sudah lengkap) : SUBHANALLAH HIL A’ZIMI WABIHAMDIH bermaksud Maha Suci Allah Yang Maha Agung & Segala Puji UntukNya

ZIKIR HARI JUMAAT (hari keenam penyusunan/pengumpulan/himpunan [mcm hari jumaat selesai solat jumaat masing2 bergerak mengikut haluan masing2]): YA ALLAH … YA ALLAH …

ZIKIR HARI SABTU (hari bersemayam): LAA ILA HA ILLALLAH bermaksud Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah.

** tulisan dlm bracket adalah tambahan dari saya bukan dari imam ghazali


Apa yang saya cuba sampaikan diatas bukanlah bermaksud utk menafsir, menakwil ayat2nya dan ianya sekadar pendapat peribadi te mengikut apa yg saya faham dan cuba dikongsikan dan ianya boleh diperbetulkan sama sekali jika ada kesilapan (teori).. ini juga sambil2 menyahut seruanNya sesuai dgn firmanNya :

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #191)

Sambil2 kita memikirkan sambil2 kita memuji dan membesarkan Allah yg Sungguh maha hebat Sang Pencipta Alam ini dan yakin sesungguh nya Allah itu wujud. Semoga dengan sedikit kefahaman akan menimbulkan rasa gerun kita kpd Allah yg menciptakan Alam ini

Jika ada kesilapan itu adalah dtg dari kelemaahan saya. Waullohulam.
 
Last edited:
tak semua pakai sistem kitaran 7 hari...

dari 3 hari sampai 10 hari pun ada...

kalendar jawa asalnya cuma 5 hari seminggu.

kalau tak silap ambe kalender jawa pun mengunakan sistem 7 hari cuma ada penambahan 5 unsur sifat dlm hari iaitu legi, pahing, pon, wagi dan kliwon.

5 sifat hari tersebut mempunyai maksud2nya tersendiri spt legi bermaksud manis, pahing bermaksud pahit, pon bermaksud petak, wagi saya tak tahu.. kliwon pun saya tak tahu..:D

biasanya org jawa ni suka buat perkiraan hari.. cth :

jumaat kliwon sesuai utk apa dan buat apa dan jgn buat apa..
sama juga mcm jumaat legi atau pahing atau pon atau wagi.. semua tu punyai maksud2nya tersendiri..

apa yg saya faham semua itu ada kira2nya mengikut pengalaman kehidupan mereka.. waullohualam:)
 
Back
Top
Log in Register