BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP gesa AGC perjelas keputusan bebas remaja kepada keluarga mangsa tikam

afwan83

Active+ Member
Messages
3,227
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,227
Reaction score
12
Points
25

DAP gesa AGC perjelas keputusan bebas remaja kepada keluarga mangsa tikam​

71b02ba7-teo-nie-ching-bernama-pic-7226.jpg

Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching berkata AGC mesti menasihati keluarga sama ada pihak pendakwaan berhasrat mengemukakan rayuan serta menjelaskan asas atau batasan undang-undang untuk berbuat demikian. (Gambar Bernama)

Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching, berkata pihak pendakwaan perlu melaksanakan keadilan jenayah secara berperikemanusiaan dengan menjelaskan beberapa perkara penting kepada keluarga dan peguam mereka.

“Keluarga berhak mendapat penjelasan menyeluruh mengenai sebab mahkamah membuat keputusan itu berdasarkan bukti perubatan, serta maksud sebenar perintah mahkamah supaya tertuduh ditahan di bawah Seksyen 348 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata AGC juga mesti menasihati keluarga sama ada pihak pendakwaan berhasrat memfailkan rayuan serta menjelaskan asas atau batasan undang-undang untuk berbuat demikian.

Teo, yang juga timbalan menteri komunikasi, berkata keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, malah mesti difahami dan dirasai dengan jelas oleh mereka yang mengalami kehilangan paling besar.

“Jangan biarkan keluarga mangsa terpaksa menghadapi kesan daripada keputusan mahkamah yang rumit seorang diri atau hanya melalui tajuk berita,” katanya.

Semalam, ibu mangsa berusia 16 tahun itu menggesa orang ramai menandatangani petisyen yang meminta AGC merayu terhadap pembebasan tertuduh.

Ibu Yap Shing Xuen, Wong Lee Ping, berkata ruang perundangan keluarga adalah terhad kerana keputusan untuk memfailkan rayuan dan cara ia perlu dilakukan akhirnya terletak pada pihak pendakwaan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin membebaskan remaja lelaki itu selepas mendapati dia tidak siuman ketika kesalahan tersebut dilakukan.

Bagaimanapun, Hakim Adlin Abdul Majid memerintahkan remaja itu ditahan atas perkenan Sultan Selangor di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, untuk menjalani rawatan.
 
dapig nie semua bende nak kecoh

kes teo beng hock pun krik2

saje nak ambik pilitical mileage je
 
Back
Top
Log in Register