BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakwaan Salah Laku: Pegawai Penyiasat Digantung Tugas - KPN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dakwaan Salah Laku: Pegawai Penyiasat Digantung Tugas - KPN​

a1b7d2e910285aca4a3612786686e5666a8eb78c0c7e0

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail (tengah) bercakap pada sidang media selepas meninjau kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang, Pasir Mas, hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggantung sementara tugas seorang pegawai penyiasat (IO) narkotik di Kuala Krai bagi membolehkan siasatan berhubung dakwaan salah laku.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata tindakan itu bagi memastikan siasatan terhadap pegawai berkenaan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melakukan perkara bertentangan dengan undang-undang,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di pangkalan haram Lubok Gong, Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan telah dijalankan dan beberapa tindakan, termasuk mengambil keterangan daripada pihak berkaitan telah dilaksanakan.

Mohd Khalid berkata pihak pengadu turut akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, tular dalam media sosial seorang pegawai penyiasat yang bertugas di Kuala Krai didakwa melakukan salah laku dengan seorang wanita yang juga isteri kepada individu yang ditahan berkaitan kes dadah.

 
Back
Top
Log in Register