BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakwaan Rasuah RM53 Juta, Tiada Aliran Wang Mencurigakan Kepada Nik Nazmi - KP SPRM

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,711
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,711
Reaction score
97
Points
80

Dakwaan Rasuah RM53 Juta, Tiada Aliran Wang Mencurigakan Kepada Nik Nazmi - KP SPRM​

1808c2a74ad0785a29b9b39a1f5c93a46a4f42d76371c

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang bukti aliran wang atau transaksi mencurigakan membabitkan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung dakwaan penerimaan rasuah RM53 juta berkaitan pemindahan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) ke Jepun.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata perkara itu disahkan hasil semakan awal menerusi Laporan Transaksi Tunai (Cash Threshold Report-CTR) dan Laporan Transaksi Mencurigakan (Suspicious Transaction Report-STR) yang tidak menunjukkan sebarang transaksi kewangan mencurigakan kepada bekas menteri itu atau syarikat berkaitan dengannya.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, setakat ini tiada bukti menunjukkan terdapat aliran wang atau transaksi mencurigakan kepada bekas menteri terbabit mahupun syarikat berkaitan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan terhadap empat suspek yang dikenal pasti, khususnya melibatkan analisis kewangan dan perbankan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abd Halim berkata empat suspek berkenaan terdiri daripada seorang bekas penjawat awam, seorang penjawat awam yang masih berkhidmat serta dua pemilik syarikat, manakala 19 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan.

Abd Halim berkata siasatan menerusi Ops DAK itu dijalankan susulan maklumat diterima SPRM berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa sekitar 2021 hingga 2022 berkaitan urusan pemindahan tiga ekor gajah berkenaan dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan setakat ini mendapati kos pemindahan tiga gajah itu tidak melibatkan dana kerajaan Malaysia, sebaliknya ditanggung sepenuhnya oleh Zoo Osaka berjumlah USD1.048 juta (kira-kira RM6.3 juta).

Beliau berkata keberadaan gajah berkenaan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah pula adalah bagi tujuan sementara untuk menjalani latihan kurungan sebelum diterbangkan ke Jepun.

Mengenai tempoh perjanjian 25 tahun yang dibangkitkan, beliau berkata tempoh itu didapati munasabah mengambil kira faktor biologi gajah termasuk tempoh bunting kira-kira dua tahun serta anggaran kelahiran maksimum enam ekor anak sepanjang tempoh berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register