akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,005
- Points
- 881
Dah tak pakai duit kertas
A view of the sea
DAERAH Nyhavn, kawasan dermaga yang menempatkan banyak kedai dan restoran di Copenhagen, Denmark. FOTO Reuters
Copenhagen: Buat pertama kali dalam beberapa tahun, Denmark tidak merekodkan satu pun rompakan bank tahun lalu, lapor AP.
Urus niaga tunai di negara Nordic itu semakin hampir tiada apabila penduduk Denmark memilih menggunakan kad dan telefon pintar untuk melakukan sebarang transaksi pembayaran.
Berikut antara negara-negara lain di Eropah yang beralih kepada urus niaga tanpa tunai, seperti dilaporkan menerusi portal The New European:
NORWAY
Menurut data 2021 daripada Bank Dunia, Norway adalah negara Eropah yang hampir sepenuhnya menggunakan urus niaga tanpa tunai.
Hampir seluruh penduduk negara iaitu kira-kira 98 peratus, mempunyai kad debit.
Bank pusatnya memaklumkan hanya antara tiga hingga lima peratus daripada semua transaksi dilakukan dengan tunai. Ini bermakna tiga daripada setiap empat urus niaga dilakukan secara tanpa sentuhan.
UNITED KINGDOM (UK)
Menurut laporan badan perbankan UK Finance pada Ogos 2021, lebih 23 juta individu di UK tidak menggunakan wang tunai tahun lalu.
Wang kertas dan syiling menyumbang hanya enam peratus daripada kaedah pembayaran, dalam tempoh sedekad.
BELANDA
Belanda menjadi negara perintis di Eropah untuk pembayaran menggunakan jam tangan pintar.
Lebih satu pertiga daripada keseluruhan pembayaran dengan jam tangan pintar di benua Eropah, dibuat di negara ini.
Ia dibantu oleh kemudahan perbankan di dua bank terbesarnya yang serasi dengan kedua-dua peranti, FitBit dan Garmin.
Pada masa depan, semua sistem pengangkutan di seluruh negara itu boleh dibayar dengan menggunakan kad bank dan jam tangan pintar.
SWEDEN
Wang kertas gaya moden yang terawal di Eropah sudah diperkenalkan oleh Bank of Stockholm pada abad ke-17.
Namun, ia mungkin antara negara yang pertama untuk menyingkirkan urus niaga tunai. Ia memandangkan terdapat kurang daripada 32 mesin tunai bagi setiap 100,000 orang di negara ini.
Ini mengambil kira fakta bahawa kebanyakan bank Sweden tidak akan lagi mengendalikan transaksi tunai dan perniagaan dibenarkan secara sah untuk menolak pembayaran tunai.
Bank pusatnya, Riksbank, pada tahun lalu meramalkan negara itu boleh menjadi tanpa tunai pada tahun ini.
FINLAND
Menurut Bank of England, Finland diramalkan akan menjadi negara tanpa urus niaga tunai sepenuhnya menjelang 2030.
Ia menduduki tempat kedua selepas Ireland di Eropah dari segi kekerapan penggunaan kad.
Selain itu, ia di tangga kelima dalam perbelanjaan e-dagang sebagai peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan nombor tiga dalam penggunaan perbankan dalam talian.
Disiarkan pada: January 15, 2023 @ 8:00am