ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Rusli Ahmad
JOHOR BAHRU - Polis Johor berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat 1,384.9 gram bernilai RM80,033 juta susulan penangkapan 380 individu menerusi 227 operasi yang dijalankan dalam tempoh seminggu.
Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, turut ditahan dalam operasi berkenaan termasuk 30 pengedar dadah, 285 penagih dan empat warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah.
"Sebanyak 227 operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor bagi tempoh 13 hingga 19 Mei di mana pemeriksaan telah dijalankan ke atas 1,346 individu.
"380 daripada mereka ditangkap bersabit pelbagai kesalahan dadah dan kita turut merampas dadah bernilai RM80,033 juta," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di sini, semalam.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Rusli memberitahu, seramai 31 individu yang terbabit dalam kegiatan 'ah long' turut ditahan dalam Operasi Vulture oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Johor.
"JSJK Kontinjen Johor telah melancarkan Ops Cenderawasih pada 14 April hingga 15 Mei lalu yang turut membabitkan Ops Vulture (ah long) dan Ops Ostrich bagi membanteras penjualan cakera padat digital (DVD) haram.
"Seramai 38 individu ditahan dalam serbuan Ops Ostrich dengan rampasan 16,817 keping DVD tiada sijil dan 1,387 keping DVD lucah," katanya.
Rusli berkata, tangkapan dan rampasan yang dibuat menerusi Ops Vulture dan Ops Ostrich pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding operasi sama yang dijalankan tahun lalu.
"Tahun lalu hanya 17 tangkapan dibuat bagi Ops Vulture manakala 17 tangkapan bagi Ops Ostrich serta rampasan sebanyak 1,874 keping DVD tanpa sijil dan 77 keping DVD lucah.
"Ini menunjukkan peningkatan tangkapan sebanyak 47 peratus bagi kedua-dua operasi," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik pnjaman wang yang ditawarkan oleh 'ah long' dan melakukan semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pinjaman.