BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Curiga mayat bogel

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Keluarga seorang penari kelab malam yang maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Puchong, Bukit Kinrara dekat sini, 18 Jun lalu, mendakwa kematian mangsa terdapat unsur mencurigakan dan agak ‘misteri’ kerana ditemui dalam keadaan bogel sepenuhnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, wanita itu, Yeap Teng Bee, 24, dikatakan menaiki sebuah kereta dipandu teman lelaki dikenali sebagai Looi, 32, dari arah Puchong ke Serdang.

Kereta berkenaan bagaimanapun berhenti di bahu jalan di tempat kejadian berikutan mangsa tiba-tiba mengadu mahu keluar untuk muntah sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain dari arah belakang.

Mangsa yang cedera parah di beberapa bahagian badan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Sebelum itu, teman lelaki mangsa mengalihkan keretanya ke depan kerana jalan sempit dan membiarkan mangsa bersendirian.

Bapa mangsa, Yeap Hock Chuan, 51, mendakwa anak sulungnya dipercayai dibunuh dan bukan mati akibat kemalangan berikutan beberapa maklumat diberi teman lelaki berhubung kejadian itu dianggap tidak munasabah.

“Perkara paling utama amat pelik bagaimana anak saya mati dalam keadaan berbogel dengan semua pakaiannya di atas jalan raya.

“Selain itu, dia (Looi) memberitahu kereta dipandunya berhenti di tepi jalan sedangkan mangsa ditemui mati di tengah jalan di depan kereta terbabit dan bukan di belakang.

“Sekiranya benar mangsa di belakang, kenderaan melanggarnya pasti akan turut merempuh kereta Looi,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong dan beberapa ahli keluarga mangsa.

Menurut Yeap, sebelum kejadian, berlaku pertelingkahan antara mereka di dalam kelab malam tempat anaknya bekerja di Puchong.

Berikutan itu, Yeap yang menetap di Seri Kembangan membuat laporan polis Sabtu lalu, bertujuan meminta kes berkenaan disiasat secara lebih terperinci dan mahukan keadilan untuk anak perempuannya.

Sementara itu, Chong berkata, pihaknya menemui Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah pagi semalam bagi membincangkan permasalahan itu dan dimaklumkan kes berkenaan akan disiasat secara menyeluruh.
 
Polis bengap mana yang boleh sahkan mati kemalangan nie :mad:
 
perrghh.. eboss bab bogel2 ni cukup expert ler..
 
polis nk jdikan keje senang la tu....malas nk siasat....​
 
Polis bengap mana yang boleh sahkan mati kemalangan nie :mad:

sy pn heran..
penerangan xlogik pn bley terima..
mengong nyer polis..

p/s :kalau ade polis yg bace ni mnta maaf..
 
:-? :-?
aku rase klau budak form 5 pon boleh tau logik ke tak :eek: :)) :eek: :))
ade pulak orang kene langgar baju elok je atas jalan raya :D
 
siapa nama polis ntuh? ngok ngek tul laaa
 
polis yang amik report tuh tengah layan jangan lupa lirik kot....
 
Back
Top
Log in Register