BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Curi masa Tarawih

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
SUBANG JAYA: Satu keluarga yang baru pulang daripada mengerjakan solat Tarawih di masjid berdekatan kediaman mereka di USJ 6, di sini, terperanjat apabila mendapati rumah yang baru ditinggalkan beberapa jam berada dalam keadaan berselerak disyaki dimasuki pencuri, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, keluarga terbabit mendakwa kerugian lebih RM100,000 apabila beberapa barangan berharga di dalam rumah mereka lesap.

Menurut sumber, keluarga terbabit keluar dari rumah mereka kira-kira jam 8 malam selepas berbuka puasa dan mendakwa rumah berkenaan ditinggalkan dalam keadaan berkunci.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 11 malam selepas selesai solat Tarawih, sebaik mereka tiba di rumah didapati keadaan dalam rumah berselerak seperti digeledah,” katanya.

Menurut sumber, setelah memeriksa kawasan rumah, mereka dapati pintu jeriji serta pintu kayu di bahagian dapur diumpil.

“Antara barangan yang didapati hilang termasuk barang kemas bernilai kira-kira RM50,000, laptop, lima utas jam tangan berjenama dan wang tunai RM800,” katanya.

Keluarga berkenaan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
 
inilah akibat program pemutihan,kan dah kena akibatnya x abis2 dengan jenayah mencuri ni.x penagih dadah mesti kerja2 indon ni hahahahaha
 
pencopek jenis ni dah rancang awal2...bila tuan rumah kuar g terwaih...
pasni kena gak ada org jaga kat rumah...
tggl bebudak pun takut diapa-apakn plak...bahaya la...
 
hebakkk.....tarawih lamanya...
 
aku benci betul ngan org yg suka carik duit cara mencurik nie... ssh payah kita carik duit kumpul harta... dorang sesenang je amik jalan mudah....
 
msti dah lama kena perhati rumah tu... jahanam pnye pencuri...bek kena pancung
 
perghh klau curi laptop tu paling bengang tu..
 
Back
Top
Log in Register