Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,559
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,559
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
13.07.2025 - Tindakan sepasang suami isteri cuba melarikan diri selepas anak mereka yang dipercayai ditahan kerana mencuri di sebuah pasar raya mengundang kecaman netizen. Menerusi satu perkongsian tular di Facebook, kejadian itu dipercayai berlaku apabila seorang remaja lelaki didapati mengambil beberapa pek makanan ringan tanpa membuat bayaran di kaunter pembayaran. Kejadian disedari oleh pengurus pasar raya terbabit yang kemudian menahan remaja tersebut dan memanggil pekerjanya untuk menghubungi pihak polis. Lebih mengejutkan, ibu kepada remaja berkenaan yang berada di lokasi kejadian menyatakan bahawa dia boleh membayar barang tersebut, namun pengurus tetap tidak membenarkan mereka keluar dari premis itu.
Tidak lama kemudian, bapa remaja tersebut tiba sebelum pasangan berkenaan membawa anaknya melarikan diri dari pasar raya dengan tergesa-gesa menaiki sebuah kereta jenis Toyota Avanza. Pekerja pasar raya tersebut sempat mengejar dan merakam nombor plat kenderaan sambil menghubungi polis. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersimpati, malah mengecam tindakan ibu bapa yang cuba melindungi kesalahan anak.
“Aku tak kesian… salah tetap salah. Pernah jumpa mak rekrut anak mencuri, kalau tak kantoi dan viral, lain hari buat lagi. Moga jadi pengajaran,” kata Noriza Mat Jani.
“Kenapa biar anak mencuri? Ibu bapa patut ajar supaya jadi orang baik. Biar hidup susah, jangan ajar mencuri,” komen Nurfarisya Farisya.
“Kesian anak tu, gelap masa depan sebab mak ayah. Patut sumbat mak ayah tu ke dalam (penjara),” ujar Zarinah Ghazali.

Last edited: