BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Curi Barang Dalam Pasaraya Banyak Kali Akhirnya Tertangkap

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
13.07.2025 - Tindakan sepasang suami isteri cuba melarikan diri selepas anak mereka yang dipercayai ditahan kerana mencuri di sebuah pasar raya mengundang kecaman netizen. Menerusi satu perkongsian tular di Facebook, kejadian itu dipercayai berlaku apabila seorang remaja lelaki didapati mengambil beberapa pek makanan ringan tanpa membuat bayaran di kaunter pembayaran. Kejadian disedari oleh pengurus pasar raya terbabit yang kemudian menahan remaja tersebut dan memanggil pekerjanya untuk menghubungi pihak polis. Lebih mengejutkan, ibu kepada remaja berkenaan yang berada di lokasi kejadian menyatakan bahawa dia boleh membayar barang tersebut, namun pengurus tetap tidak membenarkan mereka keluar dari premis itu.

Tidak lama kemudian, bapa remaja tersebut tiba sebelum pasangan berkenaan membawa anaknya melarikan diri dari pasar raya dengan tergesa-gesa menaiki sebuah kereta jenis Toyota Avanza. Pekerja pasar raya tersebut sempat mengejar dan merakam nombor plat kenderaan sambil menghubungi polis. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersimpati, malah mengecam tindakan ibu bapa yang cuba melindungi kesalahan anak.

“Aku tak kesian… salah tetap salah. Pernah jumpa mak rekrut anak mencuri, kalau tak kantoi dan viral, lain hari buat lagi. Moga jadi pengajaran,” kata Noriza Mat Jani.
“Kenapa biar anak mencuri? Ibu bapa patut ajar supaya jadi orang baik. Biar hidup susah, jangan ajar mencuri,” komen Nurfarisya Farisya.
“Kesian anak tu, gelap masa depan sebab mak ayah. Patut sumbat mak ayah tu ke dalam (penjara),”
ujar Zarinah Ghazali.

 
Last edited:


Syukurlah dapat lepaskan diri dari. Harap pihak pasaraya tidak teruskan buat laporan polis kerana ibu bapanya telah pun bersetuju untuk bayar tapi pihak pasaraya yang tak mahu.

‘Aku tak kesian… salah tetap salah’


PETALING JAYA – Tindakan sepasang suami isteri cuba melarikan diri selepas anak mereka yang dipercayai ditahan kerana mencuri di sebuah pasar raya mengundang kecaman netizen.

Menerusi satu perkongsian tular di Facebook, kejadian itu dipercayai berlaku apabila seorang remaja lelaki didapati mengambil beberapa pek makanan ringan tanpa membuat bayaran di kaunter pembayaran.


Lebih mengejutkan, ibu kepada remaja berkenaan yang berada di lokasi kejadian menyatakan bahawa dia boleh membayar barang tersebut, namun pengurus tetap tidak membenarkan mereka keluar dari premis itu.

Tidak lama kemudian, bapa remaja tersebut tiba sebelum pasangan berkenaan membawa anaknya melarikan diri dari pasar raya dengan tergesa-gesa menaiki sebuah kereta jenis Toyota Avanza.

Pekerja pasar raya tersebut sempat mengejar dan merakam nombor plat kenderaan sambil menghubungi polis.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersimpati, malah mengecam tindakan ibu bapa yang cuba melindungi kesalahan anak.


“Kenapa biar anak mencuri? Ibu bapa patut ajar supaya jadi orang baik. Biar hidup susah, jangan ajar mencuri,” komen Nurfarisya Farisya.

“Kesian anak tu, gelap masa depan sebab mak ayah. Patut sumbat mak ayah tu ke dalam (penjara),” ujar Zarinah Ghazali. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
Polis buru remaja curi barang dalam pasar raya

JEMPOL – Polis sedang mengesan seorang remaja yang melarikan diri selepas mencuri beberapa barangan di sebuah pasar raya di Pusat Perniagaan Bandar Seri Jempol dalam kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.


“Pihak polis sedang mengambil tindakan untuk mengesan dan menangkap suspek tersebut.

“Kejadian berlaku pada Jumaat lalu sekitar jam 7 malam, apabila suspek dilihat berada dalam keadaan mencurigakan keluar masuk ke pasar raya berkenaan sambil membawa sebuah beg,” katanya pada Ahad.

Pada Sabtu, tular satu video berdurasi tiga minit 43 saat yang memaparkan suspek ditahan selepas kantoi mencuri beberapa barangan di pasar raya berkenaan.

Pemeriksaan terhadap beg yang disandang suspek menemui beberapa barangan yang tidak disertakan dengan resit pembayaran.


Remaja itu kemudiannya berjaya melarikan diri selepas berlaku sedikit pergelutan di lokasi kejadian.
 
 
Remaja Di Tahan Di Syaki Curi Sos Lada Hitam & Mayonis

13.07.2025 - Seorang remaja ditahan polis selepas disyaki mencuri dua paket sos lada hitam dan dua paket mayonis berjumlah RM41 di sebuah pasar raya di Bandar Seri Jempol, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, kejadian berlaku pada jam 7 malam. Katanya, suspek sebelum itu ditahan oleh pengawal keselamatan selepas pekerja pasar raya berkenaan mendapati suspek kerap keluar masuk sambil membawa sebuah bag sandang.

“Sepasang suami isteri yang mengaku sebagai ibu bapa suspek meminta pengawal keselamatan membebaskan remaja itu sebelum berlaku pergelutan. Suami isteri dan suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Avanza,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, suspek ditahan jam 1 tengah hari ini. Norhisham berkata, siasatan mendapati suspek masih bersekolah dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai dirakam percakapan. Menurutnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri dalam bangunan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Berita asal https://www.buletintv3.my/jenayah/remaja-ditahan-disyaki-curi-sos-lada-hitam-dan-mayonis/
 
Back
Top
Log in Register