BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cucu ajar datuk dan nenek pesan makanan online

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Cucu ajar datuk dan nenek pesan makanan online​

geli-makanan-online.png

GELAGAT pasangan warga emas belajar memesan makanan secara online mencuit hati natizen. -upworthy

NEW YORK – Gelagat sepasang warga emas yang masing-masing berusia 102 dan 89 tahun  mempelajari cara memesan makanan menggunakan aplikasi Uber Eats mencuit hati netizen selepas video mereka tular di media sosial, lapor halaman berita upworthy.

Cucu mereka, Francesca Rietti, dengan senang hati mengajar datuk dan neneknya dan berkongsi sesi pembelajaran dalam satu siri video di TikTok.

Dia duduk di hadapan sebuah komputer meja dengan datuk dan neneknya berada di kiri dan kanannya, sementara dia membawa mereka melayari laman web untuk memesan makanan.

“Saya terpaksa mengajar mereka menggunakan komputer meja kerana iPhone mereka sudah terlalu lama dan tidak menyokong aplikasi Uber Eats.

“Aplikasi itu langsung tidak dapat dimuat turun ke dalam telefon mereka, dan sejujurnya, keadaan itu membuatkan seluruh situasi tersebut menjadi lebih melucukan,” katanya.-AGENSI

 
Back
Top
Log in Register