BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuba tipu pengguna

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Pusat penyembelihan yang tergamak melemaskan ayam baru disembelih ke dalam tong berisi air bagi mempercepatkan proses kematian disifatkan tidak mempunyai kesedaran terhadap ajaran Islam.

Meskipun sesetengah pusat itu kemungkinan besar milik pengusaha Muslim, tindakan melemaskan atau menindihnya dalam tong tetap tidak boleh diterima, selain cubaan menipu pengguna.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam perlu bertindak segera menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya, kesedaran terhadap nilai tinggi kebersihan dan ajaran Islam mengenai proses penyembelihan perlu diterapkan, namun kali ini secara lebih mendalam supaya pengusaha pusat sembelihan tidak lalai.

Saya percaya banyak lagi pusat penyembelihan berkeadaan serupa melanggar peraturan ditetapkan serta abaikan kebersihan, jadi tidak boleh lagi dibiarkan sebaliknya berusaha sedarkan mereka.

“Pengurusan syarikat penyembelihan ini perlu diberitahu secara lebih mendalam mengenai tanggungjawab menunaikan proses penyembelihan mengikut kaedah Islam yang halal bukan secara tipu-tipu dan melebihkan keuntungan semata.

“Kalau boleh kuat kuasa pemantauan berterusan supaya mereka (pusat sembelihan) ini tidak berani membuat onar atau sengaja menipu pengguna lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan sebahagian pusat penyembelihan awam di pasar utama, termasuk bakal dijadikan juadah Aidilfitri dikesan melemaskan ayam yang baru disembelih ke dalam tong besar berisi air atau menindih dalam tong sempit bagi mempercepatkan proses kematian sebelum diproses dan dijual kepada orang ramai.

Kegiatan peniaga itu terbongkar dalam operasi khas Jakim di beberapa pusat penyembelihan di pasar utama sekitar ibu kota awal pagi kelmarin.

Mohd Yusof turut menyarankan pasukan halal bertanggungjawab terhadap pemantauan proses penyembelihan dan memastikan ia mengikut kriteria diwujudkan dengan kakitangannya mereka mahir selok belok agama.
 
Teknologi penyembelihan ayam yang diguna di kilang2 adalah NONSENSE sebenarnya, ayam2 tu dah MATI SEBELUM DISEMBELIH AKIBAT DIGANTUNG SECARA TERBALIK TERLALU LAMA (TUNGGU GILIRAN) .
 
sembelih ni bukan ayam saja, lembu pn join sama..
ade kes lembu yg dh kne eksiden tp org angkut lari siat daging..:(
 
lu pikir la sendiri. tukang sembelih ayam tak solah subuh sebab nak nak potong beribu ayam. lu orang sedap saja beli ayam siap proses kat pasar.
 
lu pikir la sendiri. tukang sembelih ayam tak solah subuh sebab nak nak potong beribu ayam. lu orang sedap saja beli ayam siap proses kat pasar.

pengajarannya..bela sendiri..sembelih sendiri...:D
 
sembelih ni bukan ayam saja, lembu pn join sama..
ade kes lembu yg dh kne eksiden tp org angkut lari siat daging..:(

hidup lagi ke lepas kene eksiden tuh..??
 
Back
Top
Log in Register