BTC USD 80,293.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai

14108775440413765-344933.jpg

14108775440413765-344934.jpg

14108775440413765-344935.jpg

14108775440413765-344936.jpg


APM KLUANG

- KES MENANGKAP ULAR

Pada jam 0600H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kluang telah menerima satu panggilan daripada Pusat Kawalan MERS999 bahawa terdapat 01x Kes Menangkap Ular di Taman Intan, Kluang. Kes telah diselesaikan pada jam 0624H seramai 04 x Anggota Lain-Lain Pangkat, Ular berjaya ditangkap.

Sebarang Kecemasan boleh hubungi talian 999.

©️2025 Unit PRO APM Daerah Kluang

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri

Sumber APM Kluang
 
14109722668004645-345454.jpg

14109722668004645-345455.jpg

14109722668004645-345456.jpg

14109722668004645-345457.jpg

14109722668004645-345458.jpg

14109722668004645-345459.jpg

14109722668004645-345460.jpg

14109722668004645-345461.jpg

14109722668004645-345462.jpg

14109722668004645-345463.jpg


Nenek nyaris dipatuk ular tedung selar di tandas


BALING: Seorang wanita warga emas nyaris dipatuk ular tedung selar sepanjang hampir lima meter ketika hendak ke tandas di rumahnya di Kampung Ketembar, Masjid Kuala Pegang, di sini hari ini.

Warga emas berusia lingkungan 70 tahun terkejut sebaik membuka pintu tandas berkenaan dan ternampak ular itu melingkar.

Beliau yang tinggal bersama dua cucunya bertindak menghubungi anak lelakinya untuk meminta pertolongan sebelum menghubungi bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.40 pagi tadi.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Basri Osman tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular itu kerana reptilia itu agak agresif sehingga menegak badannya dan berdiri kira-kira satu meter.

"Dengan hanya menggunakan penjerut, anggota kami berdepan cabaran untuk menangkap reptilia itu dan berisiko disebabkan tandas itu sempit serta perlu berhati-hati untuk mengelak sebarang kemungkinan," katanya.

Zulkhairi berkata, ular tedung selar itu dipercayai masuk melalui lubang paip bilik air yang tiada penutup.

Beliau berkata, ular itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dilepaskan ke habitat asal jauh dari penempatan penduduk.

"Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan perubahan cuaca yang tidak menentu ini yang menyebabkan persekitaran lembab dan sejuk ketika ini.

"Selain itu, kebersihan persekitaran kediaman perlu dijaga untuk mengelak reptilia tumpang berteduh dan mendapatkan makanan," katanya.

Artikel : Berita Harian
 
14109811709025557-345551.jpg

14109811709025557-345552.jpg

14109811709025557-345553.jpg

14109811709025557-345554.jpg

14109811709025557-345555.jpg


Ular sawa 16 kaki ditangkap APM Saratok di perumahan Jalan Malong

SARATOK: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok berjaya menangkap ular sawa batik sepanjang kira-kira 16 kaki selepas menerima satu panggilan kecemasan awal pagi tadi.

Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai keberadaan reptilia itu pada 6.18 pagi di hadapan parit rumah di perumahan Jalan Malong.

“Skuad Alpha APM Saratok digerakkan ke lokasi dan tiba pada 6.30 pagi. Hasil pencarian, pasukan berjaya mengesan dan menangkap ular tersebut menggunakan teknik menjerut dan penyepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden dan kawasan terlibat turut dipastikan selamat sebelum pasukan beredar.

Ular sawa tersebut kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Saratok untuk tindakan lanjut.

APM Saratok turut merakamkan penghargaan kepada orang awam atas kerjasama segera melaporkan kejadian serta menasihatkan penduduk agar lebih berwaspada, khususnya pada musim hujan yang meningkatkan pergerakan hidupan liar.


Artikel : Utusan Sarawak
 
Syabas dan terima kasih kepada pegawai dan anggota APM Mersing yang terlibat.

APM Mersing
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor

Sumber Media Komuniti mersing



14109881234055557-345615.jpg
 
14110129493352461-345665.jpg

14110129493352461-345666.jpg

14110129493352461-345667.jpg


🐍🚒 LAPORAN INSIDEN – TANGKAPAN ULAR SAWA 🚒


Sebuah jentera jenis Hilux BBP Sungai Buloh bersama 3 orang anggota telah digerakkan ke lokasi sejauh 2 kilometer.

Setibanya di lokasi pada 3.14 pagi, hasil size-up mendapati seekor ular sawa sepanjang kira-kira 2 meter berada di tepi rumah penduduk.

Anggota bomba bertindak menangkap ular tersebut menggunakan penjerut (snake catcher tool) dengan selamat tanpa melibatkan sebarang risiko kecederaan kepada orang awam mahupun anggota.

Ular tersebut akan dilepaskan ke lokasi yang sesuai dan selamat mengikut prosedur operasi. Operasi selesai sepenuhnya dan anggota bersama utiliti kembali ke balai pada 3.30 pagi.

Komander Operasi:
👨‍🚒 PBK II 13809 Mohd Zamri bin Yup

Tiada mangsa terlibat dalam insiden ini.

Sumber Bbp Sungai Buloh
 
14110375756153045-345869.jpg

14110375756153045-345870.jpg

14110375756153045-345871.jpg


DETIK CEMAS DI BUTTERWORTH!
ANGGOTA BOMBA DISERANG, DIGIGIT ULAR SAWA KETIKA OPERASI KHAS


Suasana tegang menyelubungi lokasi kejadian apabila mangsa yang sedang bergelut untuk menangkap seekor ular sawa, tiba-tiba disambar reptilia tersebut. Walaupun lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE), serangan pantas ular itu berjaya menembusi pertahanan dan menggigit pergelangan tangan kiri wira berkenaan.

Kejadian ini membuktikan bahawa bahaya sentiasa mengintai Wira Merah kita, tidak kira sekecil mana operasi yang dijalankan. Rakan setugas bertindak pantas menenangkan keadaan dan mangsa kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Butterworth.

Doakan kesembuhan segera buat wira kita! Pengorbanan anda tidak ternilai.

Sumber JBPM P.pinang
 

14111148017762501-346204.jpg

14111148017762501-346205.jpg

14111148017762501-346206.jpg


#Operasi


KES MENANGKAP ULAR DI KG. PENJOM, LIPIS

Masa : 6.58 pagi
Lokasi : Kg. Penjom, Lipis
Petugas : 3x Anggota
Kenderaan : 1x MRV Ambulan 4x4 (CC221)
Catatan : Seekor ular jenis sawa batik (Reticulated python) berjaya ditangkap.

Hubungi kami APM Daerah Lipis di talian MERS 999 atau talian terus 09-3122999 / 09-3101710 untuk bantuan dan kecemasan.

APM | SEDIA | PANTAS | BERINTEGRITI

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Pahang
Angkatan Pertahanan Awam Daerah Lipis
Jabatan Perdana Menteri

Sumber APM Lipis

Anggota bomba cuba menyelamatkan orang ramai akibat banjir dan arus deras di Wang Kelian, Perlis hari ini.

Kredit ➡️ Bomba Channel
 
14111187892310941-346246.jpg

14111187892310941-346247.jpg


Kaki pekerja farmasi digigit ular sawa dalam tandas


SHAH ALAM – Detik ngeri terpaksa dilalui seorang pekerja wanita apabila kakinya digigit seekor ular sawa sepanjang dua meter di dalam tandas farmasi tempatnya bekerja di Setia Alam, hari ini.

Kejadian menimpa mangsa berusia 23 tahun itu diketahui kira-kira pukul 3.46 petang selepas bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu.


Katanya, berdasarkan maklumat awal mangsa telah digigit ular sawa ketika menggunakan tandas di premisnya.

“Anggota bertugas berjaya melepaskan mangsa dari gigitan ular dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada petugas kesihatan untuk rawatan selanjutnya,” katanya hari ini.

Jelas beliau, ular sawa sepanjang dua meter dilepaskan di lokasi yang selamat.

Artikel : Kosmo Online
 
f168c9073288585c044142c5c65c3b866922f4a9a8e24

-- Gambar hiasan

Seorang pekerja farmasi cedera di kaki selepas digigit seekor ular sawa sepanjang dua meter, ketika menggunakan tandas di premis berkenaan di Setia Alam dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.46 petang, sebelum menggerakkan enam orang pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong.

“Anggota bertugas yang tiba kira-kira 15 minit kemudian berjaya melepaskan mangsa wanita berusia 23 tahun daripada gigitan tersebut, dan mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ular sawa tersebut juga dibawa dan dilepaskan ditempat yang selamat selepas operasi ditamatkan pada 4.29 petang.

 
14111660447980989-346538.jpg

14111660447980989-346539.jpg


APM Kemaman tangkap ular sawa 200kg telan kambing penduduk


KEMAMAN, 23 November - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia, Daerah Kemaman menangkap seekor ular sawa batik seberat lebih 200 kilogram di sebuah rumah penduduk di Kampung Padang Lalang, Binjai, Kemaman, Terengganu pagi tadi.

Ketika ditangkap, reptilia sepanjang kira-kira lapan meter itu dipercayai sedang kekenyangan selepas dikatakan menelan seekor kambing peliharaan penduduk kampung berkenaan.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kemaman, Leftenan (PA) Nassrudin Zulkifley berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan, seramai empat anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan selepas pemeriksaan dilakukan, pihaknya menemui ular berkenaan sedang kekenyangan berhampiran kandang peliharaan kambing milik penduduk.

Pihak APM mengambil masa lebih 30 minit sebelum berjaya menangkap reptilia berkenaan yang agak besar dan berat selepas menelan seekor kambing seberat 20 kilogram.


Menurut Leftenan (PA) Nassrudin, pihaknya telah membawa ular berkenaan ke pusat kawalan operasi APM daerah Kemaman sebelum diserahkan kepada pihak berkenaan.

Penduduk dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kehadiran binatang berbisa ke kawasan rumah ekoran musim tengkujuh ini dan segera menghubungi APM jika berdepan dengan situasi itu.


Artikel : Berita RTM
 
Back
Top
Log in Register