BTC USD 80,639.6 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai

14102680987745125-341963.jpg

14102680987745125-341964.jpg

14102680987745125-341965.jpg


#info

šŸ KENALI BAHAYA: ULAR TEDUNG SENDUK

Nama Melayu: Ular Tedung Senduk
Nama Inggeris: Monocled Cobra
Nama Saintifik: Naja kaouthia
Keluarga: Elapidae

šŸ”¹ CIRI-CIRI FIZIKAL

- Naja kaouthia ialah sejenis ular tedung berbisa sederhana besar yang mudah dikenal pasti melalui corak bulat seperti ā€œmata tunggalā€ (monocle) di bahagian belakang senduknya.

- Warna badan berbeza mengikut kawasan: hitam, kelabu, perang kehitaman atau kekuningan.

- Bahagian bawah badan (ventral) biasanya lebih cerah.

- Panjang purata 1.2 – 1.5 meter, tetapi ada yang boleh mencapai lebih 2 meter.

- Mempunyai leher yang boleh mengembang membentuk ā€˜senduk’ apabila terancam.

šŸ”¹ TABURAN & HABITAT

- Spesies ini tersebar meluas di Asia Tenggara dan Asia Selatan, termasuk Malaysia, Thailand, Myanmar, Laos, Cambodia, Vietnam, Bangladesh, India, dan Nepal.

Di Malaysia, ular tedung senduk banyak ditemui di:

- Kawasan kampung dan ladang
- Hutan sekunder
- Kawasan berhampiran sungai atau sawah
- Kadang-kadang bersembunyi di celah timbunan kayu, longkang, atau kawasan rumah.

- Aktif pada waktu malam (nokturnal) dan lebih agresif apabila terganggu.

šŸ”¹ FAKTA TAMBAHAN

- Nama ā€œtedung sendukā€ berasal daripada bentuk lehernya yang mengembang seperti senduk apabila mempertahankan diri.

- Spesies ini sering dikelirukan dengan ular tedung selar (Ophiophagus hannah), tetapi saiznya lebih kecil dan tiada belang pada badan.

- Ular ini memainkan peranan penting dalam mengawal populasi tikus dan haiwan kecil di persekitarannya.

Sumber APM Sik
 
14104271577641709-342729.jpg

14104271577641709-342730.jpg

14104271577641709-342731.jpg

14104271577641709-342732.jpg

14104271577641709-342733.jpg

14104271974909005-342735.jpg

14104271974909005-342736.jpg



APM Sandakan menerima panggilan berhubung kes penemuan seekor ular lidi di kawasan Taman Villa Permai, Batu 5 Sandakan.

Susulan laporan itu, Skuad Delta digerakkan ke lokasi dan berjaya menangkap ular berkenaan dengan selamat.Operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

Sumber APM Sandakan
 
14104806386834501-342977.jpg

14104806386834501-342978.jpg

14104806386834501-342979.jpg

14104806386834501-342980.jpg

14104806386834501-342981.jpg

14104806382195429-342967.jpg

14104806382195429-342968.jpg

14104806382195429-342969.jpg

14104806382195429-342970.jpg

14104806382195429-342971.jpg

14104806382195429-342972.jpg

14104806382195429-342973.jpg

14104806382195429-342974.jpg

14104806382195429-342975.jpg

14104806382195429-342976.jpg

14104806894796277-342983.jpg

14104806894796277-342984.jpg

14104806894796277-342985.jpg


#KHIDMATKEMANUSIAAN

ULAR BERJAYA DITANGKAP (KMU)

KAMPUNG KOTA KLIAS , BEAUFORT

APM Beaufort telah berjaya menangkap ular yellow ring sepanjang 1 meter seberat 500g yang berada di dalam dapur rumah pengadu.

Syabas dan Tahniah šŸ‘

@jabatanperdanamenteri

Sumber APM Beaufort
 
14105996181363445-343548.jpg

14105996181363445-343549.jpg

14105996181363445-343550.jpg

14105996181363445-343551.jpg


APM Spaoh berjaya tangkap ular sawa 10 kaki di Kampung Hulu

SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Spaoh berjaya menangkap ular sawa sepanjang 10 kaki yang ditemui di reban ayam milik penduduk di Kampung Hulu Spaoh awal pagi tadi.

Menurut kenyataan APM Spaoh, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada 4:00 pagi daripada seorang penduduk tempatan, dikenali sebagai Zamirul, yang mendengar bunyi bising di reban ayamnya.

Apabila diperiksa, beliau mendapati ular sawa sedang membelit ayam-ayamnya.

Bimbang akan keselamatan diri dan haiwan peliharaannya, beliau segera menghubungi pihak APM untuk mendapatkan bantuan.

Empat anggota APM Spaoh telah bergegas ke lokasi menggunakan kenderaan persendirian dan motosikal tiba sekitar 4.05 pagi.

Menurut laporan, ular sawa tersebut berjaya ditangkap menggunakan teknik menyepit dan menjerut tanpa sebarang kecederaan kepada penduduk atau anggota APM.

Kejayaan ini menunjukkan kepantasan dan profesionalisme anggota APM dalam menangani situasi kecemasan yang membabitkan haiwan berbahaya, sekali gus memastikan keselamatan masyarakat di Spaoh.


Artikel : Utusan Sarawak
 
ā€œSaya tidak sangka ada ular sebesar itu di atas siling tandas, besar sungguh sampai saya jerit anakonda.ā€


Kredit video Nur Izzatul Ain Ismail

#KosmoOnline
 
14106452625991613-343886.jpg

14106452625991613-343887.jpg

14106452625991613-343888.jpg

14106452625991613-343889.jpg

14106452625991613-343890.jpg

14106452625991613-343891.jpg


š‹šŽšŠš€š’šˆ : JALAN SAGA 16, TAMAN SAGA AMPANG
š‡š€š‘šˆ : AHAD
ššˆš‹ šŽšš„š‘š€š’šˆ :K-25-088
š‰š„ššˆš’ šŠš„šš€šŠš€š‘š€š /šŠš‡šˆšŒš€š“ šŠš‡š€š’ : TANGKAP ULAR
šŒš€š’š€ š“š„š‘šˆšŒš€ šš€šš†š†šˆš‹š€š : 1400
šŒš€š’š€ š‰š„šš“š„š‘š€ šŠš„š‹š”š€š‘ : 1413
šŒš€š’š€ š’š€šŒšš€šˆ šŠš„š‰š€šƒšˆš€š : 1432
šŒš€š’š€ š“š€šŒš€š“ šŽšš„š‘š€š’šˆ : 1440
šŒš€š’š€ š‰š„šš“š„š‘š€ šš€š‹šˆšŠ : 1510
š‰š„šš“š„š‘š€ : JUARA VAN
ššˆš‹ š€š‡š‹šˆ : 3 ANGGOTA
šš€šŒš€ šš„šŒš€ššƒš” : MOO SIN CHOY

Sumber PBS Pandan Indah
 
14106453240800101-343893.jpg

14106453240800101-343894.jpg

14106453240800101-343895.jpg

14106453240800101-343896.jpg

14106453240800101-343897.jpg

14106453240800101-343898.jpg

14106453240800101-343899.jpg


š‹šŽšŠš€š’šˆļ¼šJALAN PERDANA 9/5
š‡š€š‘šˆ : AHAD
ššˆš‹ šŽšš„š‘š€š’šˆ : K-25-087
š‰š„ššˆš’ šŠš„šš€šŠš€š‘š€š /šŠš‡šˆšŒš€š“ šŠš‡š€š’ : TANGKAP ULAR
šŒš€š’š€ š“š„š‘šˆšŒš€ šš€šš†š†šˆš‹š€š : 1053
šŒš€š’š€ š‰š„šš“š„š‘š€ šŠš„š‹š”š€š‘ : -
šŒš€š’š€ š’š€šŒšš€šˆ šŠš„š‰š€šƒšˆš€š : 1111
šŒš€š’š€ š“š€šŒš€š“ šŽšš„š‘š€š’šˆ : 1120
šŒš€š’š€ š‰š„šš“š„š‘š€ šš€š‹šˆšŠ : -
š‰š„šš“š„š‘š€ : -
ššˆš‹ š€š‡š‹šˆ : 2 ANGGOTA
šš€šŒš€ šš„šŒš€ššƒš” : TAN DI XI

Sumber PBS Pandan Indah
 
5c04af8e71f564078ec952445dd350e4691b28f7e590f

Kredit: JBPM

Seorang lelaki Orang Asli yangĀ dipatuk ular berbisa semasa mencari hasil hutan bersama rakannya di Pos Kemar, Kampung Agek dekat Gerik, semalamĀ berjaya dibawa keluar dari kampung berkenaan petang tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Shazlean Mohd HanafiahĀ berkata mangsa dikenali sebagai Sali Seruliou, 48, mengalami kesukaran untuk bergerak akibat patukan haiwan berbisa berkenaan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.05 petang semalam, dan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik bersama bantuan pihak polis telah ke lokasi kejadian sejauh 40 kilometer (km).

Pasukan penyelamat dengan bantuan tiga malim gunung dan orang awam mula bergerak pada 1.45 pagi dan sampai 11.30 pagi tadi,Ā selepasĀ kira-kira 10 jam perjalanan.

ā€œUntuk sampai ke lokasi,Ā pasukan penyelamat perlu mendaki bukit dan menempuh hutan belukar.

"Mangsa diberikanĀ rawatan awal mengikut pesanan doktor dengan memberikan ubat penghilang kesakitan dan meminta mangsa untuk tidak bergerak terlalu banyak,ā€ katanya .

Mangsa kemudian terpaksa dibawa keluar dari lokasi kejadian menggunakan helikopter memandangkan mangsa mengalamai kesukaran untuk bergerak.

Selain itu, lima anggota bomba turutĀ mengalami kecederaan ringan disebabkan jarak perjalanan yang jauh selain bentuk muka bumi yang mencabar untuk sampai ke lokasi mangsa ditemukan.

Kerja-kerja menyediakan kawasan untuk helikopter mendarat mengambil masa kira-kiraĀ tiga jam.

 
Back
Top
Log in Register